LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST

LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST
link : LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST

Baca juga


LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST



LGE Kantoi Akui GST Lebih Telus Daripada SST



MALU… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya akui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang selama ini ditentang mereka, lebih telus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri malahan dilaporkan pihak media di Parlimen hari ini turut bersetuju tidak menafikan bahawa SST akan memberi impak kepada rakyat marhaen apabila harga barangan meningkat.

“Kami tidak menafikan (impak SST). Kita tidak menafikan hakikat, tidak menafikan ada impak. Tentu ada kesan (apabila diperkenalkan semula SST), tetapi yang pasti impak SST kurang daripada GST.

“Melalui isu pelaksanaan pula, mengenai ketelusan (GST)… kita (kerajaan PH) tidak nafikan GST adalah lebih telus tetapi kerana agak telus, kerajaan lama (BN) kutip cukai secara meluas dan beri kesan kepada rakyat.

“SST tidak telus macam GST, tetapi kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir berkurangan,” dalih Guan Eng selamba ketika jawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan pada sidang Dewan Rakyat.

Wakil BN itu dalam soalannya meminta penjelasan daripada Guan Eng bahawa SST bakal diwujudkan semula 1 September ini sebenarnya tidak telus kerana rakyat bayar cukai tetapi ia tidak dicatat di dalam resit pembelian.

Untuk rekod, GST dilaksanakan di lebih 190 buah negara kerana mekanisme lebih telus dan atasi isu ketirisan akibat penipuan oleh golongan peniaga tidak jujur memanipulasi kos untuk elak bayar lebih cukai kepada pihak kastam.

“Pada sidang Dewan Rakyat yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyatakan harga 223 barang berjaya turun hasil pematuhan GST. Manakala SST merupakan cukai tidak telus.

“Pengguna bayar tetapi caj SST tiada dinyatakan pula dalam resit sebagai rujukan,” kata Ahmad lagi sambil persoal kemungkinan pengilang dan pemborong sengaja naik harga tanpa disedari oleh pengguna akhir.




Demikianlah Artikel LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST

Sekianlah artikel LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LGE KANTOI AKUI GST LEBIH TELUS DARIPADA SST dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/lge-kantoi-akui-gst-lebih-telus.html

Subscribe to receive free email updates: