Judul : ‘KITA SEMUA KENA GAME'
link : ‘KITA SEMUA KENA GAME'
‘KITA SEMUA KENA GAME'
Kini tinggal kurang daripada 30 hari lagi sebelum cukup tempoh yang diberikan bagi menilai janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto mereka.
Dalam tempoh tersebut juga sudah pasti banyak pihak tertanya-tanya apakah status janji yang sebelum ini sering kali dilaungkan mereka.
Situasi bertambah pelik selepas Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa manifesto mereka bukanlah kitab suci yang harus dipatuhi.
Namun, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan nada menyindir mahu ‘memaafkan’ PH jika tidak dapat memenuhi janji-janji tersebut demi kepentingan rakyat.
“Laksanakan sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah dan lupakan sahaja cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Kita maafkan mereka tidak mengapa.
“Lepas itu pula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dulu kata lain sekarang kata lain. Apabila ditanya ‘menteri kasut hitam’, beliau kata masih dalam kajian. Mengapa waktu berjanji dahulu tidak kaji?
Jadi senang cerita kita semua kena game,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Barisan Nasional (BN) di sini, malam tadi.
Beliau menambah, dakwaan PH yang sering menyatakan kononnya pentadbiran BN selama 60 tahun penuh dengan kelemahan hanyalah alasan semata-mata.
“Jangan lupa dalam tempoh 60 tahun, Dr. Mahathir turut berada dalam pentadbiran tersebut sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.
Khairy meminta PH melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara dan bukannya berselindung di sebalik alasan
ingin memperbetulkan kelemahan BN.
“Banyak orang kini mula meminta kerajaan berhenti mencari salah dan memberi tumpuan kepada kerja mereka,” katanya.
Demikianlah Artikel ‘KITA SEMUA KENA GAME'
Sekianlah artikel ‘KITA SEMUA KENA GAME' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘KITA SEMUA KENA GAME' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/kita-semua-kena-game.html