Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan

Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan
link : Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan

Baca juga


Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR 16 Julai - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, khabar angin me­ngenai Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) banyak dipengaruhi dengan nilai-nilai prejudis.

Menurutnya, persepsi yang timbul juga disebabkan oleh sesetengah pihak masih kabur terhadap sukatan pelajaran yang diadaptasi dari Taiwan.
"Persoalannya, sejauh mana­kah kita melihat isu bahasa kebangsaan dan perpaduan itu sebagai tema utama dalam UEC?

“Itu masih kadang-kadang saya rasakan agak kurang kita perbincangkan. Jadi, banyak persepsi timbul kerana masih kabur. Ramai pihak yang me­nyangka (pihak) yang inginkan UEC, mereka menolak bahasa kebangsaan dan tidak inginkan perpaduan.

“Jadi, kita ingin lihat mana-mana pihak yang berbi­cara tentang UEC ini kita terlebih dahulu kena selesaikan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan supaya tidak timbul pre­judis kerana kebanyakan khabar angin yang timbul disebabkan pre­judis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee ber­kata, pihaknya ti­dak meletakkan sebarang tempoh tertentu untuk mengiktiraf UEC kerana ia memerlukan masa.

Kata beliau, per­kara itu kera­na UEC perlu dikaji secara holistik bersama pelbagai pihak ber­kepen­tingan.

“Tidak sekarang ini, malah, kita te­lah mengeluarkan kenya­taan rasmi kepada Kementerian Pendidikan.

“Kajian ini (UEC), kena lihat dengan pelbagai pihak berkepen­tingan. Jadi, perlu ambil masa,” katanya.

loading...


Demikianlah Artikel Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/isu-uec-ramai-yang-prejudis-dan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: