Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat

Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat
link : Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat

Baca juga


Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat


Mohamad Fadli
 FMT| July 16, 2018
Dalam sesi Dewan Rakyat pagi tadi, Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah mengesahkan pihaknya menerima notis pencalonan speaker 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

Roosme Hamzah tidak mahu mengulas lanjut isu pelantikan speaker yang sudah selesai, walaupun pembangkang mendakwa pelantikan itu melanggar peraturan Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah enggan mengulas lanjut surat usul pencalonan speaker yang Pakatan Harapan (PH) dakwa dihantar pada 2 Julai lalu.

“Perkara sudah selesai saya tak mahu komen,” katanya kepada FMT selepas melawat bilik media di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam sesi Dewan Rakyat pagi tadi, Roosme mengesahkan pihaknya menerima notis pencalonan speaker pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

“Saya telah menerima cadangan (speaker Dewan Rakyat) itu daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahatahir Mohamad dalam suratnya bertarikh 2 Julai 2018.
“Oleh demikian, segala hormatnya mempersilakan Dr Mahathir untuk cadangkan memilih yang dipertua Dewan Rakyat,” katanya pagi tadi.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 4 (1), kerajaan perlu menyerahkan nama speaker kepada setiausaha Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang.

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang merupakan ahli Amanah dan bekas hakim Mahkamah Rayuan mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat hari ini, namun ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan pagi tadi sebagai tanda protes terhadap pelantikan itu yang didakwa tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS mendakwa beberapa pemimpin serta menteri PH dilaporkan pada 2 Julai lalu berkata, kerajaan belum memutuskan siapa calon speaker Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, nama speaker sudah diserahkan 2 Julai lalu, manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu.

Dr Mahathir hari ini mempertahankan pelantikan Ariff dengan berkata, PH menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai lalu.
Ariff turut mempertahankan pelantikannya sah dan tidak melanggar peraturan Dewan Rakyat kerana surat usul pencalonannya dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu



Demikianlah Artikel Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat

Sekianlah artikel Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/isu-lantikan-speaker-selesai-kata_17.html

Subscribe to receive free email updates: