Judul : Daging Waghyu Atau Daging Fakyu?
link : Daging Waghyu Atau Daging Fakyu?
Daging Waghyu Atau Daging Fakyu?
Apabila kecoh di media-media sosial menu hidangan daging waghyu untuk meja utama di Parlimen pada hari pertama persidangan, Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdulah Wan Mohamad, tampil membuat penjelasan mengatakan, baca di sini,
Daging wagyu yang dihidangkan di meja Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas pada majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukannya RM2,000.
Kalau betul dakwaan bahawa daging waghyu yang dihidangkan berharga RM280 untuk sekilogram, saya ulang SATU KILOGRAM, ini merupakan daging waghyu yang paling murah bukan sahaja di Malaysia, tetapi mungkin juga di dunia. Restoren terkenal dengan hidangan daging waghyu, Restoren Mena'te juga tidak mampu mengsaingi harga yang murah berkenaan.
Satu artikel yang lengkap mengenai daging waghyu ditulis di The Straits Times bertajuk, "Halal Waghyu Beef From Japan Approved For Sales In Malaysia", baca di sini, berkata,
This is because wagyu is expensive – depending on grade, Japanese wagyu imported into Malaysia could be priced from RM2,000 (S$678.17) per kilo.
Kedua, Wan Abdullah turut menegaskan hidangan itu bukan ditempah oleh pengurusan Parlimen, sebaliknya pemberian ikhlas daripada katerer bagi meraikan kerajaan baharu dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi, persoalannya kenapa katerer hendak memperbodohkan Rakyat Malaysia dengan harga murah yang tidak masuk akal. Jawab sajalah, kami sememangnya tempah daging waghyu yang mahal, tanpa menggunakan wang Rakyat, untuk membodek Kerajaan Malaysia Baru. Kan senang?
Demikianlah Artikel Daging Waghyu Atau Daging Fakyu?
Sekianlah artikel Daging Waghyu Atau Daging Fakyu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Daging Waghyu Atau Daging Fakyu? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/daging-waghyu-atau-daging-fakyu.html