‘AMARAN AWAL' BUAT PH

‘AMARAN AWAL' BUAT PH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘AMARAN AWAL' BUAT PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘AMARAN AWAL' BUAT PH
link : ‘AMARAN AWAL' BUAT PH

Baca juga


‘AMARAN AWAL' BUAT PH






Pilihan Raya Kecil (PRK) De­­wan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis harus dijadikan platform rakyat pelbagai kaum untuk memberi amaran awal kepada kerajaan Pakatan Harapan atas segala janji dalam manifestonya yang tidak dapat dipenuhi dalam masa ditetapkan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekira­nya rakyat melepaskan peluang untuk memberi isyarat kepada Pakatan Harapan ( PH) dalam PRK itu, parti itu akan menjadi lebih lalai dalam melaksanakan janji-janjinya pada rakyat di masa akan datang.

“Mereka tidak akan mengambil berat dengan janji yang mereka berikan untuk pancing undi sebelum ini dan mereka rasakan rakyat boleh ditipu dan tidak akan berbuat apa-apa sekiranya mereka tidak tunai janji.

“Selangor tak jatuh, kerajaan tak jatuh se­kiranya Pakatan Ha­rapan kalah dalam PRK Sungai Kandis ini, tetapi jika mereka menang, mereka akan kata ‘tak apa kita tidak tunai janji’ dan itu rakyat membiarkan sa­tu si­tuasi bahaya un­tuk jangka panjang.

“Mereka bolehlah kata manifesto bukan janji, bukan Bible dan manifesto mereka ha­nya garis panduan. Ini pertama kali saya dengar sebuah parti mengatakan bahawa manifesto mereka adalah garis panduan, bukan untuk dilaksanakan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, PRK DUN Su­ngai Kandis bukanlah menumpukan kepada ‘penggabungan’ Pas dan UMNO tetapi apa yang mahu ditonjolkan adalah bagaimana rak­yat perlu bangkit untuk me­nuntut janji-janji kerajaan Pakatan Harapan semasa pi­lihan raya lalu.

“Isu sekarang bukan isu Pas dan UMNO. Cuma kebetulan kita punya titik pertemuan sama dan merasakan rakyat terancam kerana beri mandat pada satu parti atas komitmen dan parti mereka tetapi janji-janji parti itu tidak ditunaikan,” katanya.

Menurutnya, beliau juga ingin mencadangkan supaya debat antara kerajaan dengan pemba­ngkang dianjurkan selepas tamat tempoh 100 hari pelaksanaan ma­nifesto seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.

“Ini penting untuk kita melihat dan menilai kembali pelaksanaan segala janji dan manifesto yang digunakan untuk memancing undi sebelum pilihan raya umum lalu.

“Sekiranya tiada pemimpin pihak pembangkang yang mahu ambil bahagian, saya tawarkan diri untuk berdebat,” katanya.




Demikianlah Artikel ‘AMARAN AWAL' BUAT PH

Sekianlah artikel ‘AMARAN AWAL' BUAT PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘AMARAN AWAL' BUAT PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/amaran-awal-buat-ph.html

Subscribe to receive free email updates: