1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT

1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT
link : 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT

Baca juga


1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT






Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap tiga pegawai atasan yang menyiasat skandal membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai usaha untuk membendung kritikan awam membabitkan peranannya dalam kes itu.

Najib ditahan sebelum ini dan didakwa di mahkamah berhubung transaksi yang meragukan dalam anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib, secara konsisten menafikan sebarang salah laku mengenai 1MDB dan SRC, dan mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Rabu.

Dalam tindak balas menerusi undang-undang, Najib menyaman tiga pegawai tertinggi yang terlibat dalam siasatan ke atas dana 1MDB.

Menurut beberapa dokumen kes sivil yang difailkan pada minggu lalu, pasukan peguam Najib mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas prejudis terhadap beliau dalam siasatan mereka.

Peguam, Badrul Abdullah yang mengetuai salah satu daripada firma guaman yang mewakili Najib berkata, permohonan tersebut dibuat berdasarkan kenyataan terdahulu oleh tiga pegawai kanan berkenaan.

"Kami mahu mahkamah menentukan sama ada wujud elemen konflik kepentingan dalam kalangan pegawai kerajaan yang mengendalikan kes ini," kata Badrul kepada Reuters.

Badrul berkata, anak guamnya menuntut kos dan arahan lanjut atau pampasan yang didapati sesuai oleh mahkamah.

Rekod mahkamah menunjukkan tiga permohonan itu difailkan pada 30 Jun lalu dan menamakan Najib sebagai pemohon. 

Pasukan peguam Najib dan responden dijadualkan bertemu dengan dua hakim untuk perbicaraan sebelum perbicaraan penuh pada 16 Julai ini.




Demikianlah Artikel 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT

Sekianlah artikel 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: NAJIB SAMAN 3 PENYIASAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/1mdb-najib-saman-3-penyiasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :