Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir

Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir
link : Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir

Baca juga


Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir

Syed Saddiq
Syed Saddiq
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar yang juga merupakan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan sebagai menteri belia dan sukan dalam senarai 26 anggota Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Syed Saddiq, nama Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin  turut tersenarai.
Perkara tersebut dilaporkan seorang sumber kerajaan yang dipetik daripada portal Malaysia Insight, hari ini.

Menurutnya, Teresa akan mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala Bee Yin bakal diletakkan sebagai Menteri Teknologi dan Alam Sekitar.

Dalam laporan sama menyebut, wakil PKR dalam jemaah menteri itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri kerja raya, naib presiden, Xavier Jayakumar (air, tanah dan sumber asli), dan setiausaha agung Saifuddin Nasution (perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna).
Manakala Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah turut bakal dinamakan sebagai menteri pendidikan tinggi.

Sementara itu, wakil daripada Amanah turut tersenarai iaitu, Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri luar manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad akan jadi menteri hal ehwal agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.
Kementerian Pembangunan Usahawan pula bakal dipegang oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Yusof.

Tidak ketinggalan, Parti Warisan Sabah mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, ahli Parlimen Batu Sapi, VK Liew sebagai menteri undang-undang dan ahli Parlimen Silam, Mohamadin Ketapi bekal menteri pelancongan.

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih Pakatan Harapan.

Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya Aidilfitri, hujung minggu ini.
Sementara itu, seorang lagi sumber memaklumkan dirinya dipilih untuk ke Kementerian Kerja Raya kerana beliau dalam kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek pembangunan bagi Sabah dan Sarawak.

“Pakatan mahu kerja-kerja pembangunan diteruskan di Sabah dan Sarawak. Sudah cukup infrastruktur di Semenanjung Malaysia.
“Baru calon yang terbaik untuk tugas itu. Beliau tahu apa yang diperlukan,” kata sumber itu.

Menurutnya lagi, berkemungkinan terdapat dua nama lagi dari Sarawak akan dimasukkan selepas empat parti negeri itu meninggalkan BN untuk mendirikan Gabungan Parti Sarawak yang mendukung PH.
“Wakil mereka mungkin dijemput menyertai Kabinet,” kata sumber itu.


Demikianlah Artikel Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir

Sekianlah artikel Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq dijangka sertai Kabinet Mahathir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/syed-saddiq-dijangka-sertai-kabinet.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :