Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk

Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk
link : Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk

Baca juga


Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk

 FMT| June 24, 2018
Seorang penganalisis berkata agensi penarafan perlu diyakinkan bagi menjadikan Malaysia menarik kepada para pelabur semula.
Lim Guan Eng berkata ‘kejujuran adalah sikap terbaik’, tetapi penganalisis berkata kini bukan masanya.
GEORGE TOWN: Seorang penganalisis berkata Putrajaya mesti menjauhkan berita buruk dan sudah sampai masanya kerajaan membina semula keyakinan dalam kalangan pelabur bagi menghadapi kemungkinan perang perdagangan AS-China yang boleh menggugat ekonomi membangun seperti Malaysia.

Pakar ekonomi, Dr Hoo Ke Ping berkata walaupun penting kerajaan mengumumkan langkah pembersihan sistem yang diwarisinya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera berperanan sebagai “jurujual” bagi menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia dan pada masa sama menarik pelabur lain.

“Hadkan berita buruk dan permainan politik dalam kalangan mereka sendiri pada masa sekarang,” kata Hoo kepada FMT sewaktu tersebarnya kritikan terhadap sikap “terus terang” berkaitan keadaan ekonomi negara boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan .

Hoo mengingatkan, pelabur akan mengalami kerugian dan terpaksa keluar dari pasaran sekiranya mereka hanya mendengar “berita buruk”.
Katanya penting bagi Malaysia membina imej positif dengan segera bagi mengembalikan keyakinan dalam kalangan pelabur.

“Orang paling tepat untuk tugas ini ialah Dr Mahathir. Beliau patut menjadi “jurujual” yang memberitahu dunia bahawa kita kini berubah menjadi lebih baik. Perdana menteri perlu yakinkan semua bahawa kita dalam keadaan baik supaya pelabur yang keluar akan kembali,” katanya.

Hoo berkata Dr Mahathir dan pemimpin utama kerajaan perlu berjumpa agensi penarafan antarabangsa seperti Moody dan Standard & Poor bagi mewujudkan hubungan jangka panjang dengan mereka.

Katanya pertelagahan dengan agensi ini adalah salah kerana pandangan mereka dipercayai oleh pelabur.
“Mereka merupakan penentu aliran dana dunia. Mereka adalah kawan yang mesti didekati. Menteri kewangan mesti menjadikan mereka kawan, bukan mencabar mereka,” katanya merujuk kepada Lim Guan Eng.

Lim dikritik hebat berikutan beberapa pengumuman beliau tentang keadaan ekonomi negara yang dianggap keterlaluan sehingga menakutkan pasaran kewangan dan saham.

Salah seorang pengkritik Lim ialah anggota Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin.
“Beliau terlampau teruja menemui angka yang membuktikan PH selama ini betul, tetapi terlupa akan kesan pendedahannya itu,” tulis bekas ketua pengarang akhbar New Strait Times Press itu bulan lepas.

“Keuntungan politik tidak sama dengan keuntungan ekonomi dan apa yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran,” katanya.
Lim mempertahankan tindakannya dan berkata beliau “bersikap jujur” tentang keadaan ekonomi negara, termasuk ketika beliau berkata Malaysia berhadapan masalah hutang negara sebanyak RM1 trilion.

“Bagaimana pula (pendedahan) itu menyebabkan pasaran jatuh? Ia mungkin menjadi punca atau sebaliknya. Walau apapun itu terserah kepada pasaran saham menentukannya,” katanya sebelum ini.



Demikianlah Artikel Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk

Sekianlah artikel Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis: Putrajaya perlu tumpu ekonomi, kurangkan berita buruk dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/penganalisis-putrajaya-perlu-tumpu.html

Subscribe to receive free email updates: