Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat

Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat
link : Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat

Baca juga


Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat



PUTRAJAYA: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan Nor Shamsiah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun lalu untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2023.

Lantikan ini menjadikan Nor Shamsiah wanita kedua dilantik ke jawatan penting itu selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Datuk Nor Shamsiah berkhidmat selaku Timbalan Gabenor BNM sejak 2010 hingga 2016.

–– ADVERTISEMENT ––
"Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah bahagian Pasaran Modal dan Monetary Dana Kewangan Antarabangsa (IMF),” kata Guan Eng.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata masih terlalu awal untuk beliau menentukan tugasan utamanya selaku Gabenor BNM.

“Saya sudah meninggalkan BNM dua tahun dan masih terlalu awal untuk tentukan (tugas utama). Saya akan berjumpa dengan pegawai BNM dan melihat situasi semasa.

“Saya juga komited untuk meneruskan mandat BNM dalam memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia demi kepentingan negara,” katanya lagi.

Nor Shamsiah mengambil alih kekosongan jawatan itu selepas bekas gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim meletak jawatan pada 6 Jun lalu.

Nor Shamsiah menyertai BNM pada 1987 dan berkhidmat di pelbagai bahagian termasuk perundangan, dan garis panduan sektor kewangan.

Beliau juga terlibat secara langsung dalam mencari penyelesaian krisis kewangan Asia 1998 serta memainkan peranan penting dalam pembentukan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Hala Tuju Sektor Kewangan (2011-2020).


Demikianlah Artikel Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat

Sekianlah artikel Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/nor-shamsiah-dilantik-gabenor-bnm.html

Subscribe to receive free email updates: