Judul : Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal
link : Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal
Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal
Jamal Yunos dalam video terbaru 8 hari sebelum pemilihan Umno berkata seorang calon ketua mesti berani.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Calon ketua Pemuda Umno mesti berani, jangan lesu dan tidak takut isteri, kata Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos dalam satu video terbaru 8 hari sebelum pemilihan parti 30 Jun ini.
Jamal, yang menawarkan dirinya sebagai calon untuk memimpin sayap Umno itu berkata satu lagi ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin ialah “barang yang baik”, sambil mengangkat penumbuk atau menggosok 2 jarinya.
“Nak jadi ketua mesti berani, nak jadi ketua pemuda mesti ada umhh, barang kena baik jangan jadi penakut, jangan jadi layu, jangan jadi lesu.
“Selain itu, nak jadi ketua pemuda jangan takut bini tetapi sayangi bini, jangan curang pada bini,” katanya hari ini dalam persembunyiannya.
Beliau sehingga hari ini masih diburu pihak berkuasa yang dikehendaki selepas gagal menyerah diri di balai polis. Dia didakwa atas 3 pertuduhan pada 25 Mei lalu.
Jamal akan bersaing dengan 9 calon lain, termasuk Khairul Azwan Harun, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Wan Md Hazlyn Agyl Wan Hassan.
Sambil itu, Jamal mengingatkan perwakilan jangan tersilap pilih ketua Pemuda. Umno akan memilih barisan pimpinan baru yang dikatakan perlu mengemudi perubahan parti selepas kalah teruk pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Ini merupakan kali pertama saf kepimpinan Umno akan kembali ke arena politik sebagai pembangkang nasional.
“Penggal ini adalah penggal yang sangat mencabar, jangan pilih pemimpin yang tidak berkelebihan dari pemimpin yang sebelum ini, pemimpin mesti berani.
“Calon ketua pemuda Umno jangan cakap banyak sahaja tetapi mesti berani di lapangan, jangan bimbang kena tangkap, reman dan kena tuduh,” katanya.
Jamal berkata, beliau tidak bimbang dengan tekanan yang diterimanya ketika ini bahkan berbangga dengan dirinya yang tetap bebas walaupun sedang diburu polis.
“Berpuluh-puluh tuduhan tidak bimbang pun tetapi sampai sekarang tidak dapat dikesan dalam radar, ini baru boleh jadi pemimpin, dikepung dan direman juga boleh lolos, terbaik,” katanya.
Demikianlah Artikel Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal
Sekianlah artikel Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nak jadi ketua ‘barang’ kena baik, tak takut bini, kata Jamal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/nak-jadi-ketua-barang-kena-baik-tak.html