Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak

Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak
link : Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak

Baca juga


Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak

 | June 26, 2018
Mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos RM20,000 kepada Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ dalam kes saman berkenaan.
Ini adalah kali ke-5 Najib Razak bertindak untuk tidak meneruskan samannya. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menarik balik saman fitnah mereka terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita berhubung subsidi minyak.
Peguam Ranjit Singh yang mewakili Rafizi memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rohani Ismail.

Ranjit berkata mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos berjumlah RM20,000 kepada Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong selaku defendan dalam kes saman berkenaan.

Peguam itu berkata sepatutnya kes itu ditetapkan untuk perbicaraan minggu depan tetapi peguam yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa kedua-dua plaintif ingin menarik balik saman berkenaan.
Ranjit berkata kedua-dua defendan juga menarik balik tuntutan balas terhadap kedua-dua plaintif tanpa sebarang kos dikenakan oleh mahkamah.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahkan kedua-dua anak guamnya menarik balik saman terhadap kedua-dua defendan. Prosiding itu turut dihadiri peguam Joanne Leong mewakili Chan.

Najib dan Rosmah memfailkan saman itu pada 16 April 2015, mendakwa Rafizi, yang ketika itu ahli parlimen Pandan memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 November 2014.

Mereka juga mendakwa Chan berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Mereka berkata Chan gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dengan tidak mengesahkan atau menyiasat kesahihan tuduhan di dalam kenyataan itu sebelum menyiarkannya dan menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.

Pada 20 Jun 2017, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Mohd Rafizi dan Chan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembelaan mereka bagi komen yang adil dalam kes saman itu.
Bagaimanapun pada 23 April 2018, Rafizi dan Chan menarik balik rayuan mereka berhubung pembelaan mereka itu dan Mahkamah Persekutuan kemudiannya membatalkan rayuan mereka.

Ini adalah kali ke-5 Najib bertindak untuk tidak meneruskan samannya, selepas beliau menarik balik samannya, masing-masing terhadap bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada 22 Mei serta Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong pada 28 Mei berhubung isu 1MDB.

Pada 1 Jun lepas, beliau juga menarik balik saman yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu sama iaitu 1MDB manakala pada 20 Jun lepas, Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh menarik balik saman fitnah terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan 2 yang lain berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam portal itu pada 2014.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hafarizam memberitahu pemberita beliau akan bertindak sebagai peguam di dalam 4 Petisyen Pilihan Raya membabitkan kerusi Parlimen Cameron Highlands, DUN Rantau dan Parlimen Jempol di Negeri Sembilan serta DUN Telok Mas, Melaka.
FMT


Demikianlah Artikel Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak

Sekianlah artikel Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/najib-rosmah-tarik-balik-saman-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: