Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri

Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri
link : Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri

Baca juga


Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri

KLUANG: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji kemungkinan murid tidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah sebagai antara penyelesaian masalah beban beg berat.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata masalah beban beg sekolah adalah antara isu utama yang ditampilkan pelbagai pihak terutama ibu bapa dalam cadangan penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia yang mula dibuka sejak minggu lalu.

Katanya, hingga kini sudah lebih 11,000 cadangan dan masalah sistem pendidikan diketengahkan pelbagai pihak dalam platform perisian Google Document khas yang dibangunkan bagi menerima semua aduan dan pendapat.


"Masalah beban beg berat murid membabitkan sekolah rendah menjadi antara isu yang banyak diketengahkan pelbagai pihak setakat ini dan kita sedang melihat jalan penyelesaiannya.

"Antara yang sedang dikaji ialah murid mungkin tidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah dan sistem pembelajaran yang lebih berkonsep pertanyaan (enquire base) dan kajian boleh diterapkan seperti yang diguna pakai negara maju yang tidak bergantung kepada buku teks di dalam kelas.

"Bagi saya penyelesaian sebegini boleh dan realistik dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan kos selain memudahkan murid dan guru.

"Isu lain yang banyak dikemukakan adalah masalah sistem Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang digunakan guru seluruh negara, masalah graduan membabitkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta masalah siswa membabitkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan mengejut di Pusat Pelupusan Sampah Ladang CEP Renggam, dekat Simpang Renggam, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Maszlee berkata, berkaitan isu AUKU beliau memberi jaminan Pakatan Harapan (PH) akan mengotakan janji yang dibuat untuk memansuhkannya.

"AUKU akan diganti dengan akta baharu yang lebih baik dan tiada lagi campur tangan politik terhadap universiti dan siswa. Kementerian Pendidikan akan mengadakan sidang media Khamis ini bagi memberi perincian penuh isu berbangkit termasuk penyelesaian yang boleh diguna pakai," katanya.

Sumber: Berita Harian
loading...


Demikianlah Artikel Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri

Sekianlah artikel Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Murid mungkin tidak perlu bawa buku teks ke sekolah - Menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/murid-mungkin-tidak-perlu-bawa-buku_2.html

Subscribe to receive free email updates: