Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu

Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu
link : Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu

Baca juga


Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu

 | June 28, 2018
Menteri pendidikan berkata Wan Saiful menawarkan dirinya sebagai pengerusi bagi tempoh masa terhad untuk melunaskan janji PH.
 
PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata pelantikan Wan Saiful Wan Jan sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu tindakan luar jangka untuk melunaskan janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Maszlee menepis kritikan mengatakan Wan Saiful seorang lantikan politik.
Beliau berkata Wan Saiful menawarkan dirinya untuk memegang jawatan itu bagi satu tempoh yang terhad untuk melunaskan janji PH berkenaan PTPTN dalam 100 hari pertama kerajaan baru.

Manifesto PH berikrar untuk mengeluarkan orang-orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN daripada senarai hitam imigresen dan peminjam yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak perlu membayar semula pinjaman mereka.

Semalam, Wan Saiful berkata dia berjaya “memutihkan” 429,945 orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN dan nama mereka dikeluarkan dari senarai hitam imigresen sejak 24 Mei.
Bagaimanapun, ikrar membolehkan peminjam tidak perlu membayar semula pinjaman mereka ditunda sehingga kewangan kerajaan bertambah baik.
Maszlee berkata pihaknya menghubungi beberapa individu sebelum pelantikan Wan Saiful tetapi mereka menolaknya.

“PTPTN ini dulu dilihat sebagai sesuatu yang prestij dan semua mahu tapi sekarang ramai orang takut kerana kita komited untuk melaksanakan janji kita,” katanya kepada pemberita pada siang media di Putrajaya hari ini.

“Kita tahu ramai orang tak nak bayar, ia merupakan satu tugas yang berat.
“Kita cuba menghubungi beberapa pihak, terutama mereka yang mempunyai latar belakang ekonomi dan kewangan, ramai yang menolak kerana tanggungjawab yang besar.

“Akhirnya dalam perbincangan, Wan Saiful, yang juga penasihat saya, rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu kerana tidak banyak waktu untuk melunaskan janji-janji PH.”

Wan Saiful, bekas ketua pegawai eksekutif di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), dilantik sebagai pengerusi PTPTN bagi tempoh 2 tahun pada 18 Jun lepas.
Maszle berkata Wan Saiful sedia mengambil risiko dan peluang untuk melunaskan janji PH dalam tempoh masa itu.

Beliau berkata jawatan itu satu beban buat Wan Saiful kerana dia bekerja dalam keadaan “kontingensi”.
“Untuk kontingensi ini, beliau menghubungi beberapa rakannya dari badan-badan kewangan dan ekonomi, dan kalau kita lihat dalam lembaga pengarah PTPTN yang baru memang ianya susunan kontingensi.”

Maszlee berkata kerajaan PH berjanji akan menarik balik sekatan ke atas orang-orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN dan mesti melunaskan janji itu, tetapi menggesa peminjam supaya menjadi orang yang bertanggungjawab dan membayar hutang mereka.
FMT


Demikianlah Artikel Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu

Sekianlah artikel Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/maszlee-wan-saiful-dilantik-ke-ptptn.html

Subscribe to receive free email updates: