Judul : Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar)
link : Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar)
Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar)
Kuantan : Hasrat Muhammad Hairi Kosni, 18,untuk mendaftar belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak kesampaian apabila ajal menjemput nya di perjalanan ke Kelantan untuk melanjutkan pelajarannya
Hairi dan datuk nya seorang warga emas terbunuh selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux sebelum melanggar sebuah lagi Perodua Alza di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang iaitu, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya, Muhammad Hairi maut di tempat kejadian.
Pemandu Perodua Alza yang juga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bharu, Kosni Kamit, 54, bersama isterinya, Nor Haliza Hamzah, 50, mengalami luka di kepala.
Kakak ipar Kosni, Nor Haslina, 52 cedera ringan dan seorang lagi anaknya, Muhammad Haziq, 24, patah paha kanan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata pemandu sebuah lagi Perodua Alza, Faiq Ibrahim, 28; isteri, Norhidayah Boriak, 25; anak mereka, Muhammad Firash Nawfal, enam bulan; dan adik pemandu, Mohd Firdaus, 28; dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dalam nahas sama, pemandu Toyota Hilux, Wazir Baharudin, 46 dan rakannya, Muhammad Ishak Ismail, 54, mengalami cedera ringan.
"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata, Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga, termasuk mangsa yang maut dikatakan dalam perjalanan dari Rengit, Johor menghala ke Kelantan.
Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, pemandunya memperlahankan kenderaan sebelum dirempuh Toyota Hilux dari belakang.
"Akibat rempuhan kuat berkenaan, Perodua Alza berkenaan menggelungsur lalu melanggar sebuah lagi Perodua Alza yang kebetulan berada di hadapan di lorong kiri jalan.
"Dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Kamarulzaman berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. semoga keluarga mangsa tabah. Al fatihah.
Demikianlah Artikel Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar)
Sekianlah artikel Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hasrat daftar belajar di UMK tidak kesampaian .. Hairi di jemput ajal Alza keluarga dirempuh Hilux di LPT (8Gambar) dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/hasrat-daftar-belajar-di-umk-tidak.html