Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara

Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara
link : Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara

Baca juga


Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara

Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara
Shad Saleem
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Idea mengenai Peguam Negara seharusnya dalam kalangan orang Melayu dan Islam supaya boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara berkaitan syariah adalah bertentangan dengan apa yang digubal dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan MStar, pakar undang-undang perlembagaan, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, perkara 145(3) meletakkan sebarang prosiding yang membabitkan mahkamah syariah di luar kuasa Peguam Negara.

Katanya, klausa tersebut menyebut Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa dalam semua perkara kecuali perkara berkenaan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

"Pertikaian mengenai pelantikan seorang Peguam Negara bukan Islam adalah tidak berperlembagaan, boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal.


"Peguam Negara mestilah individu yang serba boleh. Dalam keadaan sekarang, kualiti yang paling penting adalah seseorang itu perlu terikat kepada konstitusionalisme dan memahami undang-undang asas kita, Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, di bawah Perkara 3(5) Perlembagaan, sebuah majlis boleh diwujudkan oleh undang-undang bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan hal ehwal agama Islam.
"Jadi, tiada masalah sekiranya Peguam Negara adalah orang bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, Malaysia pernah mempunyai Peguam Negara bukan Melayu sebelum ini.
Ini termasuk Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959) dan Cecil M Sheridan (1959-1963) semasa negara merupakan Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimanapun, selepas itu kesemua perlantikan adalah dalam kalangan orang Melayu dan Islam.



Demikianlah Artikel Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara

Sekianlah artikel Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hal syariah bukan bidang kuasa Peguam Negara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/06/hal-syariah-bukan-bidang-kuasa-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :