Judul : [Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik.
link : [Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik.
[Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik.
Isnin, 28 Mei 2018Turun naik nasib lantikan politik
Memang kita bersimpati dengan sebahagian kakitangan lantikan politik yang hilang jawatan apabila kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) menutup agensi politik kerajaan lama seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Ini kerana sebahagian besar mereka bergaji rendah dan tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan politik pro-Umno/Barisan Nasional.
Tetapi mereka sepatutnya tahu dan sedar bahawa turun naik nasib mereka bergantung kepada jatuh bangun parti yang melantik mereka dan yang mereka sokong selama ini.
Mereka terlibat secara subahat apabila ketua-ketua mereka “mempolitikkan” tugas mereka. Ketua Pengarah dan Ketua Pemikir Jasa misalnya adalah orang yang perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan yang menimpa anak buah mereka jika mereka berhati perut.
Dalam hal yang berkaitan, kita tidak perlu berasa simpati apabila kerajaan HARAPAN membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN). Memang patut pun majlis itu dibubarkan.
Dalam kefahaman umum, MPN adalah badan intelektual tertinggi yang tugasnya mempamer dan melaksanakan kebebasan intelektual di tahap paling tinggi.
Sebaliknya ramai ahli MPN memilih untuk menjadi pengampu dan pembodek ketua-ketua Umno/BN, khususnya bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.
Mereka mengorbankan kebebasan dan kecemerlangan kecendekiawanan semata-mata untuk pangkat, duit dan gelaran kebesaran. Khabarnya di kalangan naib canselor mereka berlumba-lumba mendapatkan gelaran Tan Sri.
Eloklah tempoh pegang jawatan naib canselor jenis ini dikaji semula dan dipendekkan atau ditamatkan terus. Pilihlah pengganti yang tulen kecendekiawanannya dan rajin menyelidik serta menulis.
Arahan 'suri dalam dapur'
Bagi wakil (nominee) politik dalam agensi kerajaan serta syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) pula, mereka menanglah tidak layak untuk terus memegang jawatan atau mendapat simpati kita.
Ada beberapa orang sudah mengumumkan peletakan jawatan tetapi masih ramai yang berdiam diri.
Kita pun tidak tahu apa tujuan dan muslihat mereka. Yang kita tahu ialah kalau mereka bersedia membuat pusingan U sekali pun kita tidak ada jawatan pengampu, pembodek dan pemakan dedak dalam sistem kita.
Begitu jugalah dengan eksekutif GLC dan GLIC yang secara rela dan gembira memilih untuk menjadi tali barut Umno/BN sehingga khabarnya bangga menerima arahan daripada “suri dalam dapur”.
Mereka juga perlu mengundurkan diri secara sukarela atau menghadapi kemungkinan disingkirkan.
Terimalah hakikat
Hakikat bahawa ada sesetengah daripada mereka kini diminta memberi kerjasama kepada kerajaan dengan membekalkan maklumat mengenai urus niaga perbadanan mereka pada zaman Najib tidak bermakna mereka kini sudah selamat.
Kita pun sukar hendak bersimpati dengan watak-watak korporat yang amat akrab dengan “suri dalam dapur” sekiranya saham mereka ditekan turun oleh pelabur di Bursa Malaysia manakala kontrak, projek serta konsesi mereka dikaji semula.
Saya memberitahu mereka selepas kemenangan HARAPAN, jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dan perniagaan mereka adalah tulen dan telus mereka tidak perlu bimbang.
Tapi nampaknya pelabur tahu dan mereka menjual saham syarikat-syarikat yang terlibat sehingga harganya jatuh merudum.
Kesimpulannya, para penjawat politik, profesor bodek, eksekutif ikut perintah dan usahawan pintu dapur perlulah menerima hakikat bahawa kerajaan yang mereka sanjung dan puji sudah tidak ada lagi.
Buka saya yang kata, tetapi bekas profesor pro-Umno/BN di Universiti Utara Malaysia yang kata: “Ada ubi ada batas.”
DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau dengan tajuk Marilah Sama-sama Bina Semula Malaysia. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik.
Sekianlah artikel [Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Mahathir, setiap hari 1000 ahli Umno mohon jadi ahli PPBM] Turun naik nasib lantikan politik. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/05/video-mahathir-setiap-hari-1000-ahli.html