Judul : [Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti.
link : [Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti.
[Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti.
Isnin, 28 Mei 2018AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti
Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bersikap terbuka dengan penyertaan ramai penyokong pembangkang ke dalam parti berkenaan.
Bagaimanapun kata pemimpin AMANAH Perak, parti terbabit tetap mengambil sikap berhati-hati menguruskan kemasukan kumpulan berkenaan.
Naib Pengerusi AMANAH Perak Dr Muhaimin Sulam memberitahu Malaysiakini antara faktor yang diperhatikan ialah menapis sebarang unsur yang mungkin memberi kesan negatif atau memecah-belahkan perpaduan parti.
"Kami sentiasa berhati-hati agar tiada sebarang DNA yang membawa unsur perpecahan dibawa masuk, selain menyaring anggota yang berpotensi menjadi ular air yang cuma mementingkan perut dan tembolok sendiri," katanya.
AMANAH Perak kini menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri melalui PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.
Mengikut pecahan di kalangan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) AMANAH adalah parti kedua terbanyak menang dengan enam kerusi dewan undangan negeri selepas DAP (18). PKR pula memenangi empat manakala BERSATU satu kerusi.
AMANAH Perak dianggotai ramai bekas pemimpin kanan PAS termasuk Datuk Seri Nizar Jamaluddin, namun jawatan menteri besar disandang satu-satunya wakil BERSATU, Ahmad Faizal Azumu, yang memenangi kerusi Chenderiang dengan majoriti 39 undi.
Kekal inklusif, progresif
Menurut Muhaimin sebelum ini pun memang ramai juga yang berminat menyertai AMANAH di Perak, namun enggan bertindak kerana takut dipulaukan, terutama jika mereka memang menganggotai PAS.
"Di tempat tertentu yang AMANAH tidak bertanding pun, ada permohonan untuk membuka banyak cawangan.
"Sebahagian daripada mereka adalah anggota Umno, manakala yang lain dari PAS atau parti lain," katanya.
Dengan kedudukan AMANAH menjadi kerajaan negeri dan pusat, kata Muhaimin, keyakinan masyarakat setempat semakin bertambah.
Namun katanya AMANAH Perak perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan permohonan menganggotai parti berkenaan diiringi dengan agenda tersendiri.
"Misalnya mahu dilantik sebagai ketua kampung," katanya.
Muhaimin bagaimanapun mengakui sebahagian besar orang yang mahu menyertai AMANAH ialah kerana memiliki keyakinan bahawa pembabitan mereka dalam parti itu tidak ada kena-mengena dengan isu akidah seperti yang dimomokkan pihak tertentu.
"Semoga penyertaan mereka memperkukuhkan perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat jelata dan mampu mencerminkan slogan Islam rahmat untuk semua.
"Sebagai parti Islam, kami memastikan AMANAH kekal sebagai parti yang inklusif, peduli dan progresif buat rakyat," katanya.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti.
Sekianlah artikel [Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Kerajaan akan siar laporan penuh siasatan MH370] AMANAH Perak berhati-hati saring 'ular air' dari luar parti. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/05/video-kerajaan-akan-siar-laporan-penuh.html