Musa Aman 'lari' ke London?

Musa Aman 'lari' ke London? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Musa Aman 'lari' ke London?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musa Aman 'lari' ke London?
link : Musa Aman 'lari' ke London?

Baca juga


Musa Aman 'lari' ke London?

Musa Aman
Musa Aman
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pengerusi  BN Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki polis berhubung isu di negeri itu dilaporkan sudah meninggalkan negara.
Memetik laporan The Star Online, Musa berkemungkinan meninggalkan negara sebelum nama bekas Ketua Menteri Sabah itu disenaraihitamkan.

Beliau dilaporkan telah ke Brunei dan kemudiannya berlepas ke London.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada portal berita itu, mereka memohon nama Musa disenaraihitamkan beberapa hari lalu untuk menghalangnya ke luar negara.

“Bagaimanapun kami mendapati beliau sudah ke luar negara sebelum kami memohon namanya disenarai hitam,” katanya.
Rabu lalu, SPRM melancarkan serbuan ke kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.

Isnin lalu, rumah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga diperiksa dan beliau disoal oleh SPRM kerana  disyaki menerima RM20 juta supaya menyebelahi Musa semasa PRU14 lalu.

Sehari selepas PRU14 pada 9 Mei lalu,  Musa mengumumkan bahawa Star, yang memenangi dua kerusi Dun pada pilihan raya itu, telah mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang menang 29 kerusi, dan dengan itu membolehkan Musa membentuk kerajaan dengan majoriti mudah  31 kerusi.

Pada malam 10 Mei, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi dalam tempoh 48 jam kemudian, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri  selepas beberapa Adun BN menyertai Warisan dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan,  telah menang 29 kerusi.

Musa juga ketika ini sedang disiasat berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di mana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya



Demikianlah Artikel Musa Aman 'lari' ke London?

Sekianlah artikel Musa Aman 'lari' ke London? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Musa Aman 'lari' ke London? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/05/musa-aman-lari-ke-london.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :