Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam
link : Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam

Baca juga


Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam

Sinar Harian
Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA -  Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.

“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.

Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri Kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewengan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya.

Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.

“Bagaimana pun,  janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.

Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.

“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.

Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh berjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya. - Bernama


Demikianlah Artikel Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam

Sekianlah artikel Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/05/kerajaan-pertimbang-bantuan-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :