[Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

[Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.
link : [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

Baca juga


[Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

Isnin, 29 April 2018


Depa dah sekapai?


Selepas Nik Omar Nik Abdul Aziz disahkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) seorang Naib Presiden PAS membuat pendedahan sangat menarik semalam.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum hari penamaan calon pada 28 April laluDatuk Seri Abdul Hadi Awang ada menghubunginya.
Kata Mohd Amar, presiden PAS itu bercerita bahawa dia bermimpi melihat bapa Nik Omar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang.
Justeru, Mohd Amar yang juga calon untuk kerusi dewan undangan negeri Panchor membayangkan gambaran yang muncul dalam tidur Abdul Hadi itu ada kaitan dengan keputusan Nik Omar, 53, meninggalkan PAS untuk bersama HARAPAN.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik Mohd Amar di Facebook, beliau pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk mengkisahkan butiran perbincangannya dengan Abdul Hadi.
Namun kedengaran suara orang lain yang berpendapat tidak ada salahnya Mohd Amar bercerita mengenai mimpi Abdul Hadi berkenaan.
Pandangan mufti Perlis
Pengalaman mimpi itu disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik turut mendakwa pernah bermimpi bertemu Rasulullah.
Beliau juga pernah dilaporkan mendakwa bermimpi bertemu Sayidina Umar al-Khattab banyak kali ketika dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak sebelum ini.
Sementara itu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyentuh mengenai isu mimpi di Facebooknya hari ini.
"Ali bin Abi Talib bertempur tanpa jangkaan dengan pasukan Aishah RA dalam Perang Jamal. Demikian juga Ali bertempur dengan Muawiyah dan 'Amr al-'As dalam Perang Siffin.
"Namun, tidak pernah siapa pun dalam kalangan mereka - sekali pun mereka sahabat nabi yang rapat - menggunakan nama Nabi SAW untuk menghukum kufur atau sesat ataupun musuh Islam kepada pihak yang berlawanan dengan mereka dalam isu-isu yang terbabit.
"Tidaklah pula pernah mereka menggunakan alasan mimpi berjumpa nabi bagi berhujah menentang pihak yang berbeza. Padahal orang seperti Aishah yang merupakan isteri nabi jika dia berkata dia bermimpi berjumpa Nabi dan baginda menyatakan siapakah antara mereka di pihak yang benar, pasti tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.
"Hal itu tidak pernah mereka lakukan. Tidak Aishah, tidak Ali, tidak Talhah dan tidak Al-Zubair," katanya.
Malaysiakini.



Demikianlah Artikel [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

Sekianlah artikel [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/video-hadi-mimpi-nik-aziz-berkaki.html

Subscribe to receive free email updates: