[LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU

[LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU
link : [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU

Baca juga


[LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU


Prihatin nasib warga emas, OKU




Prihatin dengan nasib golongan Orang kurang upaya (OKU) serta warga emas uzur menyebabkan ahli kelab bola sepak Berchang FC terpanggil untuk menganjurkan Program ‘Moh Berado’ sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 dan Wakaf Katil Inovasi OKU.

Program yang diadakan di Masjid Kampung Berchang itu merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Berchang, Masjid Kampung Berchang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis.

Pengurus Berchang FC, Sukri Nizam Muhamad berkata, idea untuk menganjurkan program wakaf katil inovasi OKU tersebut timbul ketika ahli kelab berkesempatan mengikuti program ziarah anjuran masjid kampung itu.

Menurutnya, semasa aktiviti ziarah terbabit mereka melihat terdapat keperluan untuk menyedia dan menyumbangkan katil inovasi OKU kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Justeru itu katanya, Berchang FC menganjurkan program tersebut sebagai satu saluran kepada ahli kelab terdiri daripada belia kampung, penyumbang dan dermawan untuk mewakafkan katil berkenaan bagi kegunaan golongan yang memerlukan.

“Sempena program ini kami menyasarkan sebanyak lima unit katil inovasi OKU untuk diwakafkan kepada penduduk kampung ini yang kurang bernasib baik.


Polis dan penduduk merakamkan kenangan sempena Program ‘Moh Berado’ sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 dan Wakaf Katil Inovasi OKU.


“Setiap unit katil ini berharga RM600 dan boleh disumbangkan secara terus untuk bayaran satu unit. Bagi yang ingin menyumbang sebahagian daripada harga tersebut pihak kami akan buat tabung yang akan diletakkan di Masjid Berchang pada hari Jumaat sehingga matlamat untuk membeli lima buah katil tercapai.

“Kami memohon dan berharap kepada pada penduduk kampung dan para dermawan untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program wakaf katil inovasi OKU ini,” katanya.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh wakil khas Ahli Parlimen Lipis yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Lipis, Dato' Abu Jimi Samat di Masjid Kampung Berchang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob; Pengerusi JKKK Berchang, Azmim Teh; Pengerusi Masjid Kampung Berchang, Daud Awang dan Imam 1 Masjid Kampung Berchang, Namlur Seman.

Sempena Program ‘Moh Berado’ (bermaksud ayuh berkumpul untuk meraikan) itu pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pameran Polis Diraja Malaysia, pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, program ziarah, cabutan bertuah, perlawanan bola sepak antara Berchang FC dan IPD Lipis, bacaan Yasin dan tahlil, jamuan serta sumbangan barangan asas kepada ketua keluarga.




Demikianlah Artikel [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU

Sekianlah artikel [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] PRIHATIN NASIB WARGA EMAS, OKU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/lipis-prihatin-nasib-warga-emas-oku.html

Subscribe to receive free email updates: