[LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH

[LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH
link : [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH

Baca juga


[LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH



Negara hilang RM380 bilion jika tol mansuh



Pemansuhan tol yang dicadangkan pembangkang dalam manifesto disifatkan sebagai tidak realistik kerana ia akan menyebabkan negara akan menanggung bebanan hutang yang besar.

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak berkata, penghapusan tol berkenaan akan mengakibatkan negara kehilangan hasil berjumlah RM380 bilion.

“Bila kita semak manifesto parti pembangkang, mereka janji dalam masa 100 hari sahaja mereka nak hapuskan tol dalam negara kita. Yang anehnya, orang yang melafazkan itu adalah orang yang membuat tol selama ini.

“Cuba bayangkan hutang negara kita ini RM680 bilion ataupun 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak lebih RM1 trilion dalam masa 100 hari menyebabkan negara kita akan menanggung beban hutang yang terpaksa ditanggung rakyat dan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Central Spine Road (CSR) Seksyen 3E2: Merapoh ke Kampung Kubang Rusa, di sini, semalam.

Justeru, Najib berkata, rakyat dinasihatkan supaya tidak termakan dengan kata-kata manis pembangkang yang diibarat 'madu yang beracun'.

Sementara itu, Najib berkata, pentadbiran negara khususnya dalam bidang pengurusan ekonomi berada di atas landasan kukuh yang dapat menjamin kesinambungan perjuangan serta pelaksanaan projek pembangunan pada jangka waktu tertentu.

Menurutnya, sebaik BN membentangkan manifesto, berlaku kenaikan di Bursa Malaysia sebanyak 1,800 mata dan ia disifatkan sebagai kenaikan di tahap tertinggi.

“Masa saya menjadi Perdana Menteri, Bursa Saham berada di 889 mata. Hari ini berlaku peningkatan lebih 90 peratus penambahan kekayaan negara.

“Dasar kita uruskan bukan sehari dua, bukan satu dua tahun tetapi kita buat perancangan lima tahun, sepuluh tahun, dua puluh tahun, tiga puluh tahun. Itulah sebab Malaysia dianggap negara yang moden dan berjaya,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Roslan Md Taha.




Demikianlah Artikel [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH

Sekianlah artikel [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] NEGARA HILANG RM380 BILION JIKA TOL MANSUH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/lipis-negara-hilang-rm380-bilion-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :