Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14

Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14
link : Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14

Baca juga


Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14

KUANTAN - Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres) memohon Kementerian Pendidikan membenarkan warga sekolah yang terlibat di hari pengundian pada PRU14 dibenarkan mengambil cuti berganti sehari selepas hari mengundi iaitu Khamis, 10 Mei depan.

Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sebahagian guru yang dilantik sebagai pegawai pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi.
Menurutnya, terdapat juga guru yang akan bertugas di pusat penjumlahan undi sehingga lewat malam pada hari tersebut.

“Terdapat kira-kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara dan pastinya akan digunakan sepenuhnya membabitkan seluruh warga sekolah.

“Pihak sekolah memerlukan pengambilan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pembuangan undi, 10 Mei depan (Khamis) terutama bagi sekolah yang melibatkan ramai guru sebagai pegawai atau petugas pilihan raya.

“Banyak tugasan yang mereka perlu lakukan termasuklah memastikan bilik-bilik dan dewan terlibat dikemas semula sebelum kelas bermula pada keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dala pada itu, kata Mohd Sabri yang juga Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), guru dan kakitangan sekolah juga memerlukan rehat secukupnya selepas bertugas sepanjang hari mengundi.

“Justeru, cuti berganti dapat membantu guru cergas kembali sebelum memulakan semula sesi persekolahan selepas itu.

“Sekiranya cuti berganti tidak diberi, pihak pengurusan sekolah akan menghadapi masalah sama ada ketiadaan guru dan bilik darjah yang digunakan tidak dapat diperkemas semua sekali gus menjejaskan pembelajaran.

“Dengan pelepasan cuti berganti daripada Menteri Pendidikan dapat melancarkan perjalanan sesi persekolahan dan keselesaan guru termasuk sekolah berasrama,” katanya.

loading...


Demikianlah Artikel Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14

Sekianlah artikel Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kongres Guru Mohon Cuti Berganti Untuk PRU-14 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/kongres-guru-mohon-cuti-berganti-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :