Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?

Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?
link : Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?

Baca juga


Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?


Disebabkan terlalu memuja idolanya Tun Dr Mahathir, Ketua Armada kepada parti yang diharamkan hari ini, Syed Saddiq juga terikut-ikut dengan dasar Tun Dr Mahathir yang tidak mahu membangunkan Pantai Timur. 

Dulu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya sampai ke Terengganu, dihentikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 sebab kalah Pilihan Raya Umum (PRU). Sekarang dengan ECRL pun Tun Dr Mahathir hendak hentikan jugak sekiranya Pakatan Harapan memerintah.

Lempar fitnah memang kerja pembangkang. Lain ditulis lain dikecohkan. Jawapan bertulis parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi berkata pihak ECRL memohon untuk mengambil pekerja asing dari China. 

Ini kerana kepakaran pekerja China dalam menggunakan peralatan, jentera dan mesin teknologi negara China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin. 

Kecohlah sana sini pembangkang bawa isu, 100% ECRL ni pekerja China. Habislah negara kita dijual DS Najib Tun Razak ke China. Memang komunis akan perintah Malaysialah selepas ini. 

Malaysia Rail Link (MRL) pemilik projek ECRL sudah mengeluarkan kenyataan, hanya 18 peratus daripada pekerja binaan ECRL berasal dari China dari hampir 1,800 pekerja binaan dalam projek ECRL. Mana datang 100% pekerja dari China tu? Itu kata puak pembangkang ni tidak bijak. 

Tak pelik bukan, kalau peralatan, jentera dan mesin dari negara luar, tentulah yang mempunyai datang sekali dengan mesin, jentera tersebut. Dulu-dulu masa Tun Dr Mahathir buat projek dengan negara kesukaan dia, Jepun tu, bukan perkara yang sama berlaku? 

Tenaga kerja tempatan akan dilatih untuk kendalikan mesin hingga boleh mengendali kan sendiri barulah pakar-pakar dari China ini yakin untuk tinggalkan dengan tenaga tempatan.

Mesin, jentera ECRL bukan macam mesin buat kek, atau mesin kisar ais ABC tau, wahai puak pembangkang! ECRL ni nak bina 44 terowong keretapi, sesuatu yang belum pernah dibuat lagi di Malaysia. Terowong terpanjang ECRL antara Pahang dan Selangor pun lebih 16km.

Zaman Tun Dr Mahathir ada bina terowong ke? Oh ada, besarkan Terowong Genting Sempah jer, Terowong SMART pun dibina tahun 2003. Jadi agaknya itu puak-puak pembangkang tak faham. 

Oh lupa, pemimpin baru kesayangan diorang ni suka buat lebuhraya sahaja. Lebuhraya kena ada tol. Ada syarikat konsisi. Tiap 10 tahun naik tol, para pemimpin pelapis terpaksalah ikut. 

Zaman DS Najib Tun Razak sahaja kita tengok tol-tol ditutup. Zaman Tun Dr Mahathir ada? DS Najib Tun Razak berjaya lepaskan beban rakyat yang berpuluh tahun bayar tol disebabkan perjanjian berat sebelah. 

Lepas tu, puak pembangkang kata habislah kontraktor tempatan, semua tiada kerja. Semua bagi syarikat China! Sekali MRL kata sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL.

Ini terdiri daripada 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Mana datangnya kontraktor tempatan disisihkan? Itu baru kerja-kerja awal, belum lagi pembinaan rel bermula. 

Puak pembangkang kata mengganggurlah para graduan kita! Semua pekerja China jer dapat kerja ECRL. Fitnah lagi. Tahun lepas 185 graduan kita dari program latihan ECRL telah bekerja dengan projek ECRL. Tahun ini sahaja, 700 graduan lagi akan bekerja lepas tamat latihan. 

MRL kata lebih 2,000 pemohon telah ditemuduga melalui empat siri jelajah temuduga terbuka yang dijalankan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang bulan lepas. Eh bukan puak pembangkang kata 100% orang China jer?

Apa lagi puak pembangkang ni mahu? Macam ni lah puak pembangkang, kalau hentikan projek ECRL, boleh ke sediakan anggaran 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL tu? 

Cuba cerita sikit apa rancangan puak pembangkang. Hendak mendaftar parti pun tidak lepas. Orang sibuk tunggu bila Parlimen hendak dibubarkan, alih-alih PPBM yang bubar. Apa raa ...


Nota Kaki - Belasungkawa. Rest in peace PPBM.





Demikianlah Artikel Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur?

Sekianlah artikel Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa @SyedSaddiq Perlu Ikut Kebencian Tun @chedetofficial Terhadap Negeri Pantai Timur? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/kenapa-syedsaddiq-perlu-ikut-kebencian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :