Judul : EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN
link : EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN
EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN
Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman menyaksikan perlawanan empat penjuru apabila terdapat seorang calon bebas diumumkan bertanding di kerusi berkenaan.
Calon lain yang turut diumumkan bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin P091, Dato' Mohd Zulkifli Hashim adalah calon BN, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, calon Pas, Md Yunus Ramli dan calon PKR, Ahmad Sazili Mohd Nor.
Ia bukanlah suatu yang mengejutkan kerana calon bebas, Mohd Zolfakar Taib, 48, pernah bertanding di kerusi sama pada PRU13.
Ketika itu berlaku perlawanan tiga penjuru yang turut ditandingi calon BN, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, calon Pas, Mohd Fadzli Mohd Ramly.
Bagaimana pun, kerusi Dun Tioman dimenangi oleh Mohd Johari dengan jumlah undi 8,883, Mohd Fadzli memperoleh 4,797 undi manakala Mohd Zolfakar hanya mendapat 71 undi sekali gus hilang deposit.
Demikianlah Artikel EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN
Sekianlah artikel EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/04/empat-penjuru-di-dun-tioman.html