Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin

Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin
link : Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin

Baca juga


Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin



SHAH ALAM – Gara-gara mengajak kekasihnya kahwin seorang wanita ditemui maut dalam sebuah rumah pangsapuri di Bukit Jelutong, malam Kelmarin kira-kira jam 8.30 malam.

Tubuh wanita yang merupakan warganegara Indonesia berusia 38 tahun itu ditemui terbaring di lantai dan mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan, perut, leher dan tengkuk.

Sebilah pisau turut ditemui di tempat kejadian disyaki suspek menggunakan pisau tersebut untuk menikam mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, mereka bergelut selepas mangsa mendesak suspek supaya mengahwininya.

Suspek menikam mangsa secara bertubi-tubi sehingga meninggal dunia lalu melarikan diri.

Menurut saksi yang merupakan jiran mangsa, dia menemui mayat mangsa apabila secara kebetulan lalu di hadapan rumah mangsa dan merasa curiga apabila dapati pintu rumah terbuka.

Ekoran dari penemuan mayat mangsa tersebut, pihak polis berusaha menjejaki suspek dan suspek berjaya diberkas dalam tempoh kurang dua jam .

Suspek yang berusia 40 tahun itu ditangkap di kawasan tempat letak kenderaan di Seksyen 13.

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai masalah mental dan pihak polis sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital.

Bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan, suspek telah di tahan reman selama 7 hari dan kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh. Editor:Anna






Demikianlah Artikel Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin

Sekianlah artikel Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Maut Ditikam Gara-gara Ajak Teman Lelaki Kahwin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/wanita-maut-ditikam-gara-gara-ajak.html

Subscribe to receive free email updates: