Judul : SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!!
link : SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!!
SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!!
Selepas Indonesia bertindak merampas kapal mewah milik Jho Low di perairan Bali semalam yang dipercayai dibeli dengan menggunakan wang curi 1MDB, bermakna bertambah satu lagi negara yang turut bertindak terhadap skandal yang melibatkan syarikat pelaburan negara yang ditubuhkan Najib Razak itu.
Sebelum ini, Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, Australia, Scotland dan Italy adalah antara negara yang telah menyiasat berkaitan dana 1MDB sama ada melibatkan penyelewengan, kecurian atau penggubahan wang haram.
Dengan penglibatan Indonesia ini, jumlah negara yang terlibat kini adalah 10 negara.
Wowwww....hebatnya 1MDB!
Hanya di Malaysia saja, 1MDB masih dianggap suci bersih dan putih ibarat kapas, malah kerana suci bersih dan putih ibarat kapasnya syarikat pelaburan itu, sesiapa saja yang membangkitkannya akan segera dipecat, dibuang kerja dan dipenjara.
Manakala mereka yang membela dan mempertahankan 1MDB, Najib dan Jho Low pula, habuan pangkat, jawatan serta dedak adalah ganjarannya.
Lebih menggemparkan dalam tindakan terbaru Indonesia merampas kapal mewah Jho Low yang dipercayai hasil wang curi 1MDB itu adalah kerana ia dilakukan hasil kerjasama dengan FBI Amerika.
Wah...apa sudah jadi sekarang ini?
Di mana hubungan baik Najib dengan Trump dan adakah pelaburan Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi Amerika sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini tidak memberi kesan apa-apa?
Kenapa Indonesia boleh berpakat dan bekerjasama dengan Amerika dan membelakangkan hubungan baik dengan Malaysia, jirannya sendiri?
Tidakkah ini suatu bentuk "campurtangan asing" namanya yang bertujuan memalukan Najib dan Malaysia?
Kepada Duta Malaysia di Indonesia, Zaharin Hashim, janganlah berpeluk tubuh saja dan segeralah bertemu dengan Presiden Jokowi untuk mengemukakan bantahan dengan secepat-cepatnya.
Bukankah antara peranan anda di sana ialah mengampu dan membela Najib?
Bagi pencacai dan pembela Najib dalam negara seperti Pemuda UMNO dan Pas misalnya, bangun dan bangkitlah juga untuk melawan "campurtangan asing" oleh Indonesia ini.
Jom pertahankan Najib dan Jho Low... mari kita berdemo ramai-ramai di depan Kedutaan Indonesia!! (ShahbudinHusin 01/03/2018)
Demikianlah Artikel SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!!
Sekianlah artikel SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SHAHBUDIN: Apalagi PAS, PENCACAI NAJIB, JOMLAH kita BERDEMO depan KEDUTAAN INDONESIA!! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/shahbudin-apalagi-pas-pencacai-najib.html