Judul : Persempadan semula: Selangor gagal merayu
link : Persempadan semula: Selangor gagal merayu
Persempadan semula: Selangor gagal merayu
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran merayu yang dipohon kerajaan negeri Selangor bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan persempadanan semula negeri itu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Dalam penghakimannya, Raus berkata, rayuan Selangor selaku pemohon ditolak mahkamah kerana kemungkinan untuk berjaya dalam rayuan mereka adalah tipis jika kebenaran diberikan.
Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan SPR mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membenarkan permohonan kerajaan negeri menggantung sementara inkuiri tempatan di negeri terbabit.
Terdahulu, Datuk S Ambiga yang mewakili Selangor berhujah, pihaknya merayu untuk menggantung sementara inkuiri tempatan dan mengekalkan status quo sehingga rayuan utama dalam permohonan semakan kehakiman membabitkan proses persempadan semula didengar dan diputuskan mahkamah rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching yang mewakili SPR dalam hujah balasnya berkata, berkata suruhanjaya itu tidak boleh dihalang daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Demikianlah Artikel Persempadan semula: Selangor gagal merayu
Sekianlah artikel Persempadan semula: Selangor gagal merayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persempadan semula: Selangor gagal merayu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/persempadan-semula-selangor-gagal-merayu.html