#ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I

#ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I
link : #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I

Baca juga


#ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I

Pakatan Harapan telah selesai mengemukakan Manifesto mereka di IDCC Shah Alam semalam. 10 Janji, 100 Hari Pakatan Harapan' adalah tema Manifesto berkenaan tidak lebih daripada retorik semata-mata. Tiada janji baru yang segar dan realistik yang boleh memberi manfaat kepada Rakyat telah dibentangkan. 

Berikut adalah 10 perkara atau janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara. Pembohongan atau penipuan Manifesto mereka pula diletakkan dalam jawapan di bawahnya.

1. Menghapuskan GST dan mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.
Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan cukai GST 6% dan kembali kepada cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% (SST) yang tidak telus dan efisyen. GST mengutip RM41 billion, SST pula mengutip RM17 billion akibat ketidakcekapan, ketirisan dan penipuan. Bagaimana Pakatan Harapan mahu menampung kekurangan lebih RM20 billion?
2. Memperkenalkan semula subsidi minyak bersasar bagi menstabilkan semula harga petrol.
Pakatan Harapan mahu kembalikan subsidi petrol bersasar? Sebelum ini mereka berjanji mahu menurunkan harga petrol dan diesel kepada RM1.50 seliter. 'Flip-flop' atau 'u-turn'?
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012. RM86 billion subsidi tersasar sudah pun dibuat dan diberi Kerajaan BN. Pembangkang baru hendak berjanji malam semalam, janji yang belum tentu dipenuhi.

3. Menghapuskan hutang peneroka Felda.
Bab berjanji Pakatan Harapan memang nombor satu. Kalau berjanji ibarat babi pun boleh terbang. Janji hendak menghapuskan hutang PTPTN pun Pakatan Harapan boleh 'u-turn'. Macam mana hendak percaya janji mereka nak mansuhkan hutang peneroka FELDA?
4. Memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.
Sekiranya Pakatan Harapan membiayai KWSP untuk surirumah, ini adalah pengiraannya:
Janji mereka : 2% dari caruman suami + RM50 dari kerajaan.
Jumlah surirumah : 2.9 juta.Sebulan : RM145 jutaSetahun : RM1.74 bilion.
Mereka bercadang untuk menghapuskan GST. Oleh itu, pendapatan telah berkurang sebanyak RM42 bilion. Di mana Pakatan Harapan hendak mengutip baki RM1.74 bilion? Derma orang ramai?
Satu masa dulu, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata KWSP akan muflis. Beliau menghasut orang mengeluarkan simpanan KWSP. Beliau pertikai pelaburan KWSP di luar negara. Tiba-tiba di dalam Manifesto Pakatan Harapan, hendak pula buat tabungan KWSP untuk surirumah. Maknanya apa? KWSP tidak bankrup. Yang bankrup adalah Pakatan Harapan.
Yang paling kelakar, Manifesto Pakatan Harapan ketinggalan 8 tahun. Inisiatif ini sudah dilaksanakan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak 8 tahun lalu.
Nantikan sambungan 5 lagi janji retorik Pakatan Harapan dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam Bahagian II. Tunggu ....


Demikianlah Artikel #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I

Sekianlah artikel #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #ManifestoPH Hanyalah #HarapanPalsu, Bahagian I dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/manifestoph-hanyalah-harapanpalsu.html

Subscribe to receive free email updates: