Judul : Langgar lari isteri dan anak sendiri
link : Langgar lari isteri dan anak sendiri
Langgar lari isteri dan anak sendiri
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang terlibat dalam kes langgar lari di China hanya mampu meraung dan meratap menyalahkan dirinya apabila mendapat tahu mangsa yang ditinggalkan adalah isteri dan anaknya sendiri.
Lelaki yang dikenali sebagai Zhang dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar sebuah skuter elektrik yang dinaiki seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah laluan gelap di Zibo, Shandong.
Beberapa saksi yang menjumpai wanita itu dan anaknya yang cedera segera menghubungi ambulans dan polis.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian manakala wanita itu dirawat di unit rawatan rapi.
Zhang berjaya ditahan pada malam yang sama lalu dibawa ke hospital dan mendapat tahu mangsa yang dilanggar adalah ahli keluarganya sendiri.
Dalam sebuah rakaman video polis, Zhang meraung dan menangis teresak-esak apabila dibawa semula ke lokasi kejadian keesokan harinya.
Menurut Zhang dia dan isteri serta anaknya baru pulang makan malam di rumah saudara mereka.
Isteri dan anaknya pulang terlebih dahulu sementara Zhang menyusul pulang dengan memandu van sendirian.
Laporan mengatakan lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. - metro.co.uk
Demikianlah Artikel Langgar lari isteri dan anak sendiri
Sekianlah artikel Langgar lari isteri dan anak sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Langgar lari isteri dan anak sendiri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/langgar-lari-isteri-dan-anak-sendiri.html