[KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL

[KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL
link : [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL

Baca juga


[KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL



JKM bantu keluarga tinggal di bangsal



Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan akan membantu empat beranak yang tinggal di sebuah bangsal di kawasan ladang sawit di Felda Bukit Sagu, di sini.

Pegawai JKM Kuantan, Salihah Kamaruddin berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan ke atas keluarga berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai masalah yang dihadapi.

Buat permulaan, katanya, pihaknya akan memberikan bantuan kanak-kanak berjumlah RM200 sebulan kepada dua anak pasangan suami isteri, Zahar Che Hassan, 24, dan Nor Ain Fazila Ramli, 24, itu.

Menurutnya, keluarga berkenaan menghadapi konflik keluarga sebelum bertindak tinggal di bangsal daif itu.

"Saya difahamkan mereka menghadapi konflik keluarga. Bagaimanapun, JKM mengambil kira keperluan kedua-dua anak mereka yang berusia tiga dan setahun.

"Bantuan kanak-kanak akan diberikan dalam masa terdekat sehingga ketua keluarga ini mampu berdikari dan memperoleh pendapatan yang sewajarnya," katanya.

Menurutnya, JKM akan melakukan tindakan susulan selepas ini supaya perkembangan keluarga ini sentiasa dikemas kini.

"Pasangan suami isteri ini masih muda dan mampu bekerja justeru, kita amat berharap mereka dapat mencari pekerjaan supaya dapat menyara keluarga.

"Kita akan mempercepatkan proses kelulusan bantuan bulanan ini agar dapat meringankan beban mereka," katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat sekeluarga itu yang terpaksa berteduh di bangsal daif kerana serba kekurangan.

Zahar yang bekerja mengambil upah mengait dan mengangkat sawit mendapat pendapatan tidak menentu dengan purata gaji RM500 sebulan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL

Sekianlah artikel [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] JKM BANTU KELUARGA TINGGAL DI BANGSAL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/kuantan-jkm-bantu-keluarga-tinggal-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :