[KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA

[KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA
link : [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA

Baca juga


[KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA



Buta mata kiri bukan halangan berjaya



Kekurangan diri kerana buta mata kiri tidak menjadi halangan kepada seorang pelajar untuk cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Adwa Mohd Salemi, 18, yang hanya mampu melihat sebelah mata, untuk muncul sebagai pelajar cemerlang kategori khas.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (Smart) itu memperoleh 4A , 1A- , 1B+ , 2B dan 1D.

Anak bongsu dari empat adik beradik itu hilang penglihatan mata kirinya selepas terkena serpihan tin aerosol ketika usia enam tahun.


Muhammad Adwa berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakannya.


Muhammad Adwa berkata, walaupun hanya bergantung pada mata kanan sahaja, dia optimis dalam setiap perkara dilakukan.

Menurutnya, keyakinan dalam diri begitu tinggi kerana sentiasa berpegang pada kata-kata ibu, Raihanah Jaffar, 60, yang sering menasihatinya supaya bersabar.

"Arwah ayah juga sentiasa memberi kata semangat kepada saya supaya berusaha mencapai apa yang kita mahu.

"Semua itu amat terkesan di hati saya menyebabkan saya melawan rasa rendah diri," katanya.

Menurutnya, dia akan mengulang kaji pelajaran empat jam sehari, selain fokus di dalam kelas.

"Saya juga bertanya kepada guru jika tidak faham sesuatu topik," katanya ketika ditemui di Smart, semalam.

Muhammad Adwa yang juga salah seorang daripada ahli kumpulan inovasi sekolah mencapai kejayaan cemerlang apabila turut mewakili sekolah ke pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, dia begitu meminati bidang sains dan berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang pakar bedah neuro.

"Keputusan yang saya peroleh ini adalah untuk ibu saya yang menjadi pendorong utama.

"Walaupun saya anak yang manja, namun saya cukup berdikari," katanya yang berulang alik dari rumah ke sekolah menaiki bas.

Menurutnya, setiap hari dia akan keluar dari rumah selepas Subuh untuk menunggu bas di Kampung Seri Damai ke perhentian bas sebelum menaiki bas sekali lagi untuk ke sekolah.

Sementara itu, Raihanah berkata, dia bersyukur di atas kejayaan anak bongsunya itu.

"Kejayaan itu adalah hasil usahanya selama ini dibantu guru dan rakan-rakan," katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA

Sekianlah artikel [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] BUTA MATA KIRI BUKAN HALANGAN BERJAYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/kuantan-buta-mata-kiri-bukan-halangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :