Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas

Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas
link : Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas

Baca juga


Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas


Seorang guru wanita dimasukkan ke sebuah hospital kerana telah dipukul dan dibaling dengan sebuah kerusi oleh pelajarnya sendiri gara-gara guru terbabit cuba menegur perlakuan buruk yang dilakukan oleh pelajarnya itu.

Peristiwa ini dikatakan berlaku di SMP Darussalam, Indonesia di mana kejadian ini telah berlaku semasa proses pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Menceritakan mengenai kejadian ini, pelajar terbabit dipercayai sedang bermain telefon bimbit semasa gurunya itu yang dikenali sebagai Nuzul Kurniawati sedang mengajar.

Oleh kerana tindakan pelajar terbabit mengganggu pelajar yang lain, guru terbabit lantas menegur dan menyuruhnya untuk menyimpan telefon bimbit terbabit.

Namun, pelajar terbabit mulai berang dan marah lantas dia terus membaling telefon bimbit tersebut sehingga terkena telinga guru itu serta turut mengambil kerusi duduknya dan terus membalingnya ke arah guru terbabit sehingga guru itu tercedera di bahagian leher.

Akibat daripada kejadian tersebut, guru tersebut telah mengalami kecederaan dan dia terus berlari keluar ke bilik guru untuk mendapatkan bantuan lantas menceritakan perkara tersebut kepada pengetua sekolah.

Pelajar terbabit bagaimana pun telah dipanggil ke bilik guru untuk menceritakan perkara sebenar di mana akhirnya dia mengaku bahawa dia telah bertindak sedemikian kerana dia memberitahu bahawa dia tidak suka saat guru terbabit cuba merampas telefon bimbitnya itu.

Dengan pengakuan yang dibuat itu, ibu bapa kepada pelajar terbabit telah dipanggil dan akhirnya mereka sekeluarga terpaksa membuat permohonan maaf kepada guru terbabit.

Bagaimana pun, menurut pengetua sekolah terbabit, kes ini dikatakan telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Guru tersebut yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Soedarso untuk pemeriksaan lanjut kerana kecederaan yang dialaminya itu agak parah.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pelajar terbabit kemungkinan akan dikenakan hukuman kerana telah melakukan penganiyaan ke atas gurunya sendiri. Sumber: 60 Detik News, Editor: Iera





Demikianlah Artikel Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas

Sekianlah artikel Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/guru-terima-padah-kerana-menegur_11.html

Subscribe to receive free email updates: