DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula

DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula
link : DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula

Baca juga


DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula

 
SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul tergempar bagi membahaskan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Usul yang dibawakan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing) akan dibahaskan petang ini, bagi mendesak SPR menarik balik laporan persempadanan semula itu.
“Dewan yang mulia ini kecewa dengan tindakan SPR yang tidak bertindak adil dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Dewan yang mulia ini menggesa SPR menarik balik cadangan persempadanan semula dan mengemukakan satu cadangan persempadanan semula baru yang adil, yang mencadangkan kawasan pilihan raya seimbang dari segi bilangan pengundi, selaras prinsip satu orang satu undi.

“Perkara ini merujuk tindakan SPR yang tidak melaksanakan pendengaran awam oleh kumpulan lebih 100 pembantah cadangan persempadanan semula. Usul ini berkepentingan untuk orang ramai sebab persempadanan semula akan memberi impak kepada proses pilihan raya akan datang,” kata Rajiv ketika membacakan usul itu.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menerima usul itu dan memaklumkan ia akan dibahaskan 2.30 petang ini.

“Saya telah menerima dan mempertimbangkan usul tergempar menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan 17. Saya berpuas hati usul tersebut menepati 3 syarat yang diperuntukkan dalam Peraturan 17, iaitu ia perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.”

Terdahulu, kira-kira 200 orang berkumpul di Tugu Negara bersama Bersih 2.0 membantah pembentangan laporan persempadanan semula SPR, sebelum berarak bersama ahli Parlimen pembangkang ke luar bangunan Parlimen.
Tetapi, mereka disekat polis kira-kira 200m di luar bangunan Parlimen.

Polis hanya membenarkan wakil Bersih 2.0 menyerahkan satu memorandum kepada seorang pegawai Parlimen yang menggesa Pandikar menarik balik usul pembentangan laporan persempadanan semula.



Demikianlah Artikel DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula

Sekianlah artikel DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DUN Selangor lulus usul tarik balik laporan persempadanan semula dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/dun-selangor-lulus-usul-tarik-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :