Judul : Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain
link : Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain
Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain
Umum mengetahui bahawa rumah tangga penyanyi Ziana Zain sedang dilanda kontroversi gara-gara kes penderaan yang berlaku ke atas anaknya itu.
Terdahulu, kita digemparkan dengan berita penangkapan suami kepada Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, di mana dia didakwa atas kesalahan mendera anaknya sendiri dan bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun.
Pada mulanya, suami Ziana memberitahu bahawa dia merotan anaknya itu kerana ingin mengajar solat dan mengaji namun Ziana segera melakukan laporan polis selepas mendapati adanya kesan lebam di bahagian badan anaknya itu.
Oleh kerana perkara ini menjadi hangat dan sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial, ramai artis seperti Shiela Rusly dan Rozita Che Wan yang cuba memberikan sokongan kepada Ziana supaya sentiasa tabah dan mengabaikan kata-kata yang dilontarkan oleh netizen.
Terbaru, pengarah terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam cuba tidak ketinggalan meninggalkan pesanan buat Ziana Zain.
Menurut Datuk Yusof, setiap perkahwinan pasti akan ada masalah yang dihadapi di mana setiap pasangan haruslah bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Datuk Yusof pada mulanya juga turut menyatakan bahawa pada mulanya dia enggan untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain namun dia mahu pesanan yang disampaikannya ini adalah satu pesanan seorang abang kepada adiknya.
“Saya kira nasihat ini dari seorang abang kepada adik, malah kalau anak saya menghadapi masalah rumah tangga pun, ini nasihat serupa yang akan saya beri.”
Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan bahawa dia telah lama mengenali Ziana iaitu sejak zaman remajanya lagi.
Namun apabila berkahwin, kehidupan rumah tangga Ziana langsung tidak pernah didedahkan kepada perhatian umum dan tiada sebarang berita kontroversi yang pernah berlaku.
Mungkin, ini adalah ujian yang terpaksa dihadapi Ziana kerana inilah kali pertama rumah tangga Ziana dilanda kontroversi.
“Kalau kita berkahwin seboleh-bolehnya kita mahu perkahwinan itu kekal hingga ke Jannah. Tapi saya juga percaya, dia lebih tahu apa yang dilaluinya.”
Bagaimana pun, Datuk Yusof berharap agar Ziana tabah menghadapi dugaan yang dilaluinya itu.
“Saya doakan yang terbaik buat Ziana, semoga dia kuat dan tabah berdepan dengan ujian ini. Saya juga berharap kenyataan saya ini tidak akan melukakan hati sesiapa,” katanya. Sumber: Oh Trending, Editor: Iera
Demikianlah Artikel Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain
Sekianlah artikel Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Datuk Yusof Haslam Tinggalkan Pesanan Buat Ziana Zain dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/datuk-yusof-haslam-tinggalkan-pesanan_11.html