Judul : Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai
link : Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai
Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai
Satu berita menggemparkan telah berlaku apabila sepasang suami isteri telah menemui mayat seorang lelaki yang telah reput terdampar di Pantai Sungai Cina.
Mayat yang tanpa identiti itu telah ditemukan dalam keadaan yang mengejutkan di mana ianya hanya mempunyai bahagian pinggang hingga kaki namun tanpa kepala.
Menurut Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Wong Chee Keong memberitahu bahawa mayat itu telah ditemui oleh suami isteri yang kebetulan bersiar-siar di kawasan kejadian pada sekitar jam 5.35 petang.
Pada mulanya, mereka berdua menyangka bahawa objek yang ditemui oleh mereka itu adalah bangkai ikan yang telah lama terdampar di kawasan terbabit.
Namun, apabila mereka mula mendekati objek tersebut, mereka terkejut apabila mendapati objek tersebut adalah mayat manusia yang sudah reput dan tidak berkepala.
Sejurus selepas itu, pasangan berkenaan kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut dan mayat tersebut telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat. Editor: Iera
Demikianlah Artikel Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai
Sekianlah artikel Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bangkai Lelaki Tanpa Kepala Terdampar Di Tepi Pantai dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/bangkai-lelaki-tanpa-kepala-terdampar_14.html