Judul : Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen
link : Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen
Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen
Jarang sekali kita mendengar gosip yang menimpa usahawan berjaya ini di media sosial namun, semalam kecoh menyatakan Neelofa membuat pelancaran hijabnya di kelab Zouk dan rata-rata para peminat Neelofa tidak berpuas hati dengan cara Neelofa mempromosi kan perniagaan nya di kelab malam kerana beliau adalah seorang wanita yang bertudung.
Semalam merupakan majlis pelancaran Naelofar Hijab yang mengeluarkan rekaan terbarunya dan sekali gus meraikan ulang tahun kelahirannya di kelab tersebut.
Daphne Iking telah di jemput sebagai pengacara majlis yang gilang gemilang ini. Tular video tersebut di laman Facebook yang mana seorang wanita bertudung menari-nari tanpa menghiraukan mata-mata lelaki yang liar memandang ke arahnya di dalam video tersebut.
Video yang berdurasi 2 minit itu telah mendapat 16,025 perkongsian di laman Facebook dan terdapat juga komen daripada para netizen yang menetang keras cara usahawan berjaya ini mempromosi kan perniagaan nya.
Tidak kurang juga para peminat yang menyokong cara beliau untuk menarik lebih ramai orang untuk membeli koleksi tudung terbarunya itu.
Jika di perhatikan di dalam video tersebut, kebanyakkan wanita di dalam kelab malam itu adalah wanita Islam yang bertudung. Menurut Neelofa, beliau memilih kelab tersebut kerana menepati tema majlis yang mahu dipersembahkan serta beliau kekurangan bajet untuk di lakukan di tempat lain.
Di antara komen yang terdapat di dalam video tersebut adalah "Rendahnya nilai agama dipermainkan, wanita bertudung hanya memenuhi tuntutan berfesyen,bukan untuk meningkat kan martabat wanita tersebut.Seperti tiada beza antara wanita yang bertudung dan tanpa bertudung.Tidak hairanlah jika wanita sendiri yang berkata, wanita bertudung belum tentu solat bang".
"Kena stop beli kalau tak kita bersubahat dengan maksiat ni",tulis salah seorang pengguna laman facaebook.
"Itu pasal dekat neraka ramai orang perempuan".
"Dah macam penari tiang.Tanpa segan silu lenggok,goyang sana sini dengan 'hiasan' tudung di kepala. Lalu terima sorakan ramai termasuklah kaum adam.Lagi sedap dia gelak. Tahniah",tulis Najwatul Huda.
Ternyata ada juga yang menyokong apa yang telah dilakukan oleh Neelofa ini. "This is a marketing strategy.Sengaja pilih Zouk supaya even mereka diberikan perhatian oleh makcik dan pakcik bawang supaya di viralkan. Ia untuk create awareness dan hype"tulis Dura Hatta.
Selebihnya anda sendiri lah menilainya. Editor: Ila Hakimi
Demikianlah Artikel Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen
Sekianlah artikel Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video- Majlis Pelancaran Naelofar Hijab Di Kecam Teruk Oleh Netizen dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/video-majlis-pelancaran-naelofar-hijab.html