ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK

ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK
link : ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK

Baca juga


ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK


Roti kucing tarikan terbaharu untuk kanak-kanak



Namanya cukup comel, roti kucing namun sebutannya mungkin agak janggal untuk makanan. Bagaimanapun roti berbentuk wajah kucing hasil tangan Noraniza Kamsani, 32, ternyata dapat diterima ramai pelanggannya.

Menurut Noraniza, sejak dihasilkan November lalu, roti kucing ini mendapat sambutan pelanggan terutama kanak-kanak yang tertarik dengan bentuknya.

“Sebelum ini saya memang dah buat piza, roti sosej dan roti kacang merah sama ada untuk keluarga atau nak penuhi permintaan pelanggan yang sesekali nak makan roti homemade.

“Tapi disebabkan saya suka pada benda–benda unik dan kreatif, bila terpandang laman sosial ibu-ibu yang suka cipta bentuk-bentuk hidangan menarik untuk dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah, saya mula terfikir untuk turut menghasilkan hidangan untuk kanak-kanak.


Roti yang dibakar lembut di luar dan dalam itu sesuai dinikmati kanak-kanak mahupun orang dewasa.


“Tambah membangkit semangat saya apabila seorang rakan yang berada di Kuala Lumpur buat hidangan roti dalam pelbagai bentuk termasuk kucing kepadanya anaknya. Jadi saya cuba olah sampai berjaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan roti ini nampak menarik dan mudah untuk dibuat, dia membuat keputusan untuk terus menghasilkannya selain membuka tempahan agar lebih ramai dapat menikmati hidangan comel itu.

“Saya hanya berniaga kecil-kecilan di rumah jadi kalau ada permintaan sangat baik. Ada juga tempahan diterima untuk majlis-majlis keraian.

“Pada mulanya roti kucing yang dibuat itu hanya berintikan coklat saja sebab rata-rata anak-anak memang suka perisa tu. Tapi kebelakangan ni ada juga pelanggan yang nak perisa pandan, kaya dan kacang merah.

“Walaupun ia bukan inti yang asal tapi saya cuba puaskan kehendak dan selera pelanggan,” katanya.

Sementara itu, katanya, roti yang dihasilkan itu memiliki tekstur yang lembut bukan sahaja di dalam malahan luarannya.

“Saya ambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk sediakan hidangan itu daripada mula hingga dibakar seterusnya sedia untuk dimakan.

“Ramai yang suka makan roti ni masa panas dan baru dibakar. Kelembutannya itu masih terasa dan memang sesuai dinikmati kanak-kanak dan orang tua.

“Kebiasaannya, roti ini sedap dimakan bersama teh atau kopi ‘O’ di sebelah petang,” katanya.




Demikianlah Artikel ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK

Sekianlah artikel ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROTI KUCING TARIKAN TERBAHARU UNTUK KANAK-KANAK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/roti-kucing-tarikan-terbaharu-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :