Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak

Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak
link : Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak

Baca juga


Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak


KUALA PILAH – Dalam era dunia tanpa sempadan kini, seringkali kita dengar masalah yang melibatkan akhlak, sahsiah dan moral termasuk kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja.

Perkara demikian turut berlaku kepada seorang pelajar sekolah tingkatan empat disebuah sekolah di Jempol dan telah ditahan polis apabila perbuatannya itu terbongkar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada malam Isnin.

Remaja itu telah melahirkan bayinya itu pada 21 Februari di dalam tandas rumah ibu bapanya di Felda Palong 8, Jempol dan bertindak menggunting sendiri tali pusat bayi itu.

Setelah 15 minit kemudian, bayi itu didapati tidak bernafas lagi dan remaja itu bertindak membuang bayinya ke dalam longkang besar kawasan semak berhampiran rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superitendan Azham Shah Azlan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Pejabat Pertanyaan Balai Polis Melang tengah malam kelmarin memaklumkan seorang remaja perempuan menerima rawatan di HTAN dan pegawai perubatan mendapati bahawa pelajar itu mempunyai kesan baru melahirkan anak.

Difahamkan pelajar itu pergi mendapatkan rawatan ke Klinik Kesihatan berhampiran bersama bapanya setelah mengadu berasa sakit dan memaklumkan dia terjatuh ketika menyertai sukan sekolah, pada 23 Februari.

Hasil pemeriksaan di klinik kesihatan tersebut, pelajar itu didapati terdapat kesan darah beku di dalam perutnya dan tiga hari kemudian pada 26 Februari ibunya pula menemani beliau mendapatkan rawatan di HTAN.

Hasil soal siasat remaja itu mengaku telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sejak empat tahun lalu dan telah mengadakan hubungan seks beberapa kali.

Polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 18 tahun hasil dari maklumat yang diberikan remaja itu.

Kes itu disiasat mengikut seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian. Sumber:Astro Awani , Editor:Anna


Demikianlah Artikel Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak

Sekianlah artikel Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja Ditahan Kerana Buang Bayi Dalam Semak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/remaja-ditahan-kerana-buang-bayi-dalam_28.html

Subscribe to receive free email updates: