Judul : PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh
link : PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh
PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh
Pangkalan sokongan PKR untuk Anwar akan kekal kuat dan parti itu percaya dengan kebijaksanaan pengundi Permatang Pauh, kata setiausaha agung PKR.
GEORGE TOWN: Pemimpin PKR yakin legasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh masih kuat walaupun Umno mendakwa kerusi itu bukan lagi kubu kuat pembangkang.
Sambil mengulas dakwaan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Zaidi Mohd Said, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun beliau menghormati pendapat Zaidi, pendapat itu mempunyai unsur keangkuhan.
“Beliau sangat rajin. Saya menghormati pendapatnya. Malangnya, Zaidi mewakili parti yang tidak popular, iaitu Umno. Ahli politik yang bijak biasanya akan mengeluarkan kenyataan berpandu yang dikarang secara berhati-hati, dan tidak dilihat sebagai angkuh.
“Pangkalan sokongan PKR untuk Anwar akan kekal kuat. Kami percaya dengan kebijaksanaan pengundi Permatang Pauh,” katanya kepada FMT.
Zaidi sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, bertanding di Permatang Pauh, merampas kerusi itu daripada PKR tidak lagi mustahil.
Katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuka peluang terbaik untuk meyakinkan rakyat Permatang Pauh mengundi untuk perubahan disebabkan kekecewaan mereka terhadap pemimpin pembangkang itu.
“Isu Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak mampu merampas kerusi itu daripada dinasti Anwar tidak lagi timbul. Sebelum ini, semua pihak termasuklah BN menganggap Permatang Pauh sebagai kubu kuat Anwar yang tidak dapat ditembusi.
“Sejak mengambil alih Permatang Pauh daripada pimpinan Umno pada 2013, saya menetapkan sasaran untuk mengubah persepsi rakyat di Permatang Pauh,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Umno Online.
Zaidi juga mendakwa Anwar hanya berkhidmat di kawasan itu dengan baik semasa beliau dengan Umno, dan kemudiannya mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya.
Sambil memetik kekurangan peruntukan dan pembangunan, beliau berkata rakyat Permatang Pauh harus disedarkan akan kepentingan mempunyai wakil rakyat BN.
Bagaimanapun, komen Zaidi ditepis timbalan ketua Pemuda PKR yang juga Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin. Seberang Jaya adalah salah satu kerusi DUN di Permatang Pauh.
Afif berkata pembangkang mengambil alih pada 2008, dan ia berjaya membangunkan kawasan itu dengan peruntukan lebih baik daripada kerajaan negeri.
Beliau menyenaraikan projek pembangunan yang dijalankan di kawasan itu, seperti pembinaan pusat makanan dan pasar awam baharu di Seberang Jaya.
Afif berkata, Permatang Pauh juga mempunyai pusat konvensyen terbesar dan terbaru, SP Arena di Seberang Jaya dan perancangan membina pusat sains baharu untuk kanak-kanak di Guar Perahu sedang dijalankan.
“Kita juga sedang melaksanakan projek mitigasi banjir bernilai RM13 juta, dibiayai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Anwar dan Kak Wan (Wan Azizah) berpengaruh di Permatang Pauh kerana rakyat di sana tahu apa yang mereka pertahankan dan perjuangan dihadapi mereka untuk membawa masa depan lebih baik untuk negara.
“Jika kita mengambil alih Putrajaya, kita mampu melaksanakan dasar dan inisiatif lebih pro-rakyat,” katanya.
“Bagaimana harus saya tahu apa beliau fikirkan?” katanya apabila disoal jika keyakinan Zaidi untuk memenangi kerusi itu adalah satu kesilapan.
Legasi Anwar di Permatang Pauh kekal kuat sejak 3 kali PRU lepas, dan juga pada pilihan raya kecil pada 2015. Beliau dan Dr Wan Azizah memegang kerusi itu sejak 1982, semasa beliau bertanding bawah tiket BN.
Pada PRU tahun 1999, 2004, dan 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi itu untuk PKR.
Anwar bertanding dan berjaya memenangi kerusi itu PRU tahun 2013 dengan majoriti yang sedikit kurang, tetapi kemudiannya tidak dibenarkan menjadi ahli parlimen susulan penolakan rayuannya terhadap hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan
Demikianlah Artikel PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh
Sekianlah artikel PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR pasti legasi Anwar kekal di Permatang Pauh dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/pkr-pasti-legasi-anwar-kekal-di.html