Judul : Perakuan ROS bukti DAP bersih
link : Perakuan ROS bukti DAP bersih
Perakuan ROS bukti DAP bersih
Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - Keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini merupakan bukti parti demokratik itu bersih.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perakuan itu juga menunjukkan DAP adalah sebuah parti pembangkang yang mematuhi undang-undang dalam menjalankan pemilihan parti.
"Perakuan itu jelas menunjukkan DAP adalah parti bersih dan menjunjung undang-undang. Namun, buat masa ini, saya tak nak ulas banyak-banyak sehingga ROS keluarkan surat pada 5 Februari nanti.
"Jika kita tengok, syarat yang dikenakan kepada DAP sukar dan ia tidak dikenakan kepada BN. Persoalannya, adakah standard baru ini juga akan dikenakan kepada BN?" katanya.
Julai tahun lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC yang baharu secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ini kerana pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan melalui pemilihan 29 September 2013 dianggap tidak sah.
Pemilihan semula itu diadakan pada 12 November lalu di Shah Alam dengan menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 seperti yang diarahkan ROS
Demikianlah Artikel Perakuan ROS bukti DAP bersih
Sekianlah artikel Perakuan ROS bukti DAP bersih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perakuan ROS bukti DAP bersih dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/perakuan-ros-bukti-dap-bersih.html