Judul : Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal
link : Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal
Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal
Melihat atau mendengar sesuatu yang klakar akan membuatkan kita ketawa terbahak-bahak sehingga rasa sakit di bahagian perut.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa ketawa boleh membawa kepada kematian? Ia kedengaran pelik namun ianya benar berlaku.
Times of India melaporkan terdapat 10 kes di mana beberapa orang meninggal kerana ketawa namun tidak dinyatakan semuanya.
Salah satunya adalah Damnoen Saen-Um yang merupakan seorang pemandu lori ais-krim disahkan meninggal dunia kerana ketawa terbahak-bahak.
Isteri Damnoen berkata dia ketawa tanpa henti selama dua minit kemudian nafasnya menjadi sesak lalu menghembuskan nafas terakhir kerana jantungnya gagal berfungsi.
Terdapat beberapa alasan mengapa ketawa boleh membunuh antaranya adalah boleh menyebabkan serangan jantung, kesesakan paru-paru, hernia, strok, dan kekejangan gelastic.
Ketawa juga boleh mencetuskan cataplexy di mana anda dalam keadaan yang sedar namun tidak dapat menggerakkan otot.
Ketawa juga boleh menyebabkan Syncope atau lebih difahami sebagai pengsan
Syncope adalah hasil dari situasi seseorang yang mengalami kegembiraan yang berlebihan dalam waktu yang lama dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak normal.
Perkara ini seterusnya membawa peningkatan kadar kehilangan karbon dioksida.
Ketawa boleh menyebabkan pening yang boleh membawa kepada pengsan.
Satu lagi perkara yang menakutkan adalah apabila seseorang itu tidak dapat mengawal tawanya terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan sebelum ini.
Saat anda mula menekan badan anda untuk ketawa, anda akan berhadapan dengan masalah maut.
Walauapapun yang kita mahu lakukan haruslah mempunyai had yang sesuai dengan tubuh badan kerana sesuatu yang berlebihan adalah tidak baik bagi tubuh badan termasuk ketawa. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal
Sekianlah artikel Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Padah Ketawa Tanpa Henti, Lelaki ini Temui Ajal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/padah-ketawa-tanpa-henti-lelaki-ini.html