OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM

OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM
link : OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM

Baca juga


OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM


Mohd Hizamri



Bagi mengekang aktiviti pemindahan balak secara haram, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan mengadakan `Ops Limau 2018' di negeri selama lima hari bermula esok.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, operasi itu akan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membabitkan lebih 50 pegawai.

Menurutnya, operasi itu turut dianggotai Unit Penguatkuasa Pahang Timur dan Barat JPNP yang dibantu kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang bertanggungjawab melakukan intipan.

“Operasi terbabit menumpukan kepada aktiviti sekatan jalan raya di beberapa laluan utama dan ‘panas’ yang sering digunakan untuk memindahkan kayu balak tanpa lesen selain melakukan beberapa kesalahan lain.

"Hasil intipan, kita mengenal pasti aktiviti memindahkan kayu balak tanpa lesen banyak berlaku setiap kali musim perayaan,’katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Hizamri berkata, sebagai agensi bertanggungjawab terhadap perhutanan negeri, pihaknya tidak berkompromi dengan apa juga kesalahan membabitkan hasil hutan terutama kayu balak kerana ia menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Katanya, selain menumpukan di beberapa laluan panas dalam operasi itu, pihaknya turut menumpukan kawasan sempadan negeri ini yang menjadi penghubung kepada kegiatan salah itu.

“Ops limau yang membabitkan empat agensi keselamatan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu diharap berjaya mencapai matlamat diharapkan.

"Saya yakin usaha menyekat kegiatan menyalahi undang-undang di atas jalan raya akan berjaya dengan kerjasama semua pihak.

"Kita akan mengadakan lebih banyak kerjasama dengan pihak berkuasa akan dilakukan selepas ini bagi memastikan kegiatan menyalahi undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 tidak terus berlaku di negeri ini," katanya.




Demikianlah Artikel OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM

Sekianlah artikel OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OPS LIMAU KESAN KEGIATAN BALAK HARAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/ops-limau-kesan-kegiatan-balak-haram.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :