Judul : Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial
link : Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial
Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial
Lebuh raya - lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) adalah seperti berikut:
• Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS);
• Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
• Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH);
• Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA);
• Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan
• Jambatan Pulau Pinang.
Pada tahun 2011, penstrukturan semula kadar tol telah dilaksanakan di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan PLUS. Intipati penstrukturan semula kadar tol tersebut adalah seperti berikut:
• Kadar kenaikan tol dikurangkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun kecuali di Jambatan Pulau Pinang;
• Tempoh konsesi akan tamat pada 31 Disember 2038; dan
• Penstrukturan kadar tol di Jambatan Pulau Pinang.
Perjanjian awal yang dibuat antara Kerajaan dan PLUS pada tahun 1988 dan akan tamat pada 2018, membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap tahun. Tun Dr Mahathir sedar kebodohan beliau lalu menyemak semula perjanjian ini pada 1999.
Dalam perjanjian baharu Tun Dr Mahathir mengulangi kebodohan lalu apabila membenarkan kenaikan setiap 3 tahun sekali pada kadar 10% setiap kenaikan di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan, dan konsesi akan tamat pada 2030.
Rakyat tidak mampu membayar tol setinggi itu, Kerajaan tidak mampu membayar pampasan ratusan juta setiap tahun jika kadar tol tidak dinaikkan. Pampasan tersebut pula pergi kepada orang tertentu sahaja.
Jika dilihat, kadar tol pada zaman DS Najib Tun Razak selepas penstrukturan adalah lebih rendah dan 'mesra rakyat'. Pada masa yang sama Lebuhraya Utara Selatan diklasifikasikan sebagai lebuhraya antara bandar dan sebahagian dari Manifesto 2013.
Akhirnya pada 2011, DS Najib Tun Razak mengarahkan KWSP dan UEM mengambil alih PLUS. Ini bukan sahaia memudahkan rundingan tetapi juga memastikan jika Kerajaan perlu membayar pampasan maka wang tersebut akan tetap menguntungkan Rakyat terutamanya pencarum KWSP.
Nota: Gambar di atas adalah kapsul masa yang ditulis dan ditandatangani pada tahun 1988. Ini adalah janji palsu Tun Dr Mahathir bahawa tol akan dimansuhkan pada 2018. Sebaliknya beliau sendiri yang melanjutkan perjanjian sehingga 2030.
Demikianlah Artikel Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial
Sekianlah artikel Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/mencuci-masalah-tol-plus-tun.html