Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu.

Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu.
link : Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu.

Baca juga


Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu.


Nama pelakon Remy Ishak mula meningkat naik melalui drama Kekasih Paksa Rela apabila dia bergandingan dengan seorang pelakon baru iaitu Intan Najuwa.

Menurut Remy dia mengakui bahawa pengalaman berlakon bersama pendatang baharu dalam industri filem Malaysia merupakan salah satu cabaran sepanjang bergelar anak seni.

Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, 35, memberitahu bahawa kekurangan ilmu dan pengalaman daripada para pelakon baru menjadikan proses penggambaran sedikit meletihkan dan turut mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

"Sejujurnya, penat juga berlakon dengan bakat baharu ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon."

"Kebanyakan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan."

"Saya pun pernah bergelar pelakon baru, cumanya saya beruntung dapat belajar dengan ramai senior mengenai industri," katanya.

Bagaimana pun, Remy yang merupakan hero utama bagi drama Kekasih Paksa Rela ini berkata kebanyakan pelakon yang baharu meningkat naik ini lebih selesa membuat hal sendiri dan tidak menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari teknik lakonan dengan pelakon yang lebih berpengalaman.

Namun begitu, Remy juga tidak mahu menyalahkan mereka kerana dia percaya bahawa mereka pasti mempunyai perasaan gementar apabila berhadapan dengan 'orang lama' sehinggakan mereka lebih selesa menyendiri.

"Biasanya pelakon baru buat hal sendiri saja di set penggambaran. Kalau mereka tak tanya kita pun diam sajalah."

"Saya faham perasaan gementar apabila jumpa orang lama dalam industri dan tak marahkan mereka."

"Itu normal sebagai pendatang baharu, cumanya harap selepas ini mereka menjadi lebih baik dan belajar lagi."

Dalam pada masa yang sama, Remy juga turut memberitahu bahawa jika dia ditakdirkan untuk bergandingan dengan pelakon baharu lagi, dia pasti akan menerima peluang tersebut kerana itu dianggap sebagai cabaran baru buat dirinya.

Namun, dia juga perlu melihat terlebih dahulu naskhah yang ingin dibawa dalam drama atau filem tersebut.

"Saya bersikap terbuka untuk berlakon dengan sesiapa sahaja kerana percaya masing-masing ada kemahiran tersendiri."

"Cumanya ada ketika saya perlu tengok dahulu naskah apa yang ditawarkan, kalau karya ringan tak apa, untuk produk yang lebih berat saya perlu tahu siapa gandingan terlebih dahulu," ujarnya. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira

Image result for hero kekasih paksa rela





Demikianlah Artikel Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu.

Sekianlah artikel Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Luahan Hati Remy Ishak Tentang Gandingannya Dengan Pelakon Baharu. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/luahan-hati-remy-ishak-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :