Judul : [KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN
link : [KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN
[KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN
Tiga jalan utama yang kerap berlaku kemalangan di daerah ini akan diberikan tumpuan Polis Daerah Kuantan pada Op Selamat yang bermula 9 sehingga 24 Febuari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Noor Yusof Ali berkata, antara kawasan terlibat ialah Jalan Gambang-Segamat, Jalan Gebeng-Cherating dan Jalan Kuantan-Pekan.
“Ini kerana laluan tersebut sudah menyumbang empat kes kemalangan maut dan angka tersebut meningkat dua kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Op Selamat 12 di Plaza Tol Gambang di sini, semalam.
Dalam pada itu, Mohd Noor memaklumkan jumlah saman terkumpul meningkat sebanyak 46.2 peratus iaitu daripada 1696 kepada 2480 dalam tempoh 9 hingga 14 Februari (semalam) melibatkan kesalahan tertinggi iaitu memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 2226 saman.
“Kesalahan utama lain yang menjadi perhatian ialah menggunakan telefon semasa memandu yang mencatat peningkatan mendadak iaitu dari tiga kes kepada 25 kes.
“Kesalahan-kesalahan lain ialah tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan serta memotong di dua garisan berkembar,” katanya.
Dalam perkembangan itu, Mohd Noor menegaskan bahawa faktor sikap menjadi punca utama kemalangan yang berlaku malah hal berkenaan masih tidak berubah dan menuntut perhatian setiap pengguna bagi mengelak kejadian sama berulang.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TIGA LALUAN PANAS AKAN DIBERI TUMPUAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kuantan-tiga-laluan-panas-akan-diberi.html