[KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT

[KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT
link : [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT

Baca juga


[KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT


SPRM tumpu isu rakyat



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan memberi tumpuan kepada beberapa isu yang dekat di hati rakyat tahun ini.

Pengarah SPRM Pahang, Datuk Azmi Kamaruzaman, berkata, antara isu dikenal pasti adalah perlombongan bauksit haram secara berleluasa sehingga menyebabkan kerajaan mengenakan moratorium aktiviti itu bermula 15 Januari 2016.

Menurutnya, pihaknya yakin terdapat banyak isu dekat di hati rakyat negeri ini dan bukan hanya membabitkan isu bauksit sahaja.

“Selepas ini, kita akan meneliti isu yang memberi kesan kepada rakyat dan lihat apa yang rakyat mahukan.

“Kita akan mengambil kira pelbagai aspek supaya akhirnya hak rakyat dapat dikembalikan, selaras dengan arahan pucuk pimpinan SPRM,” katanya pada sidang media selepas majlis serah tugas jawatan Pengarah SPRM Pahang yang disaksikan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya, semalam.

Azmi berkata, SPRM Pahang akan meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan Pusat dan negeri bagi menyelesaikan isu-isu yang dekat di hati rakyat berkenaan.

“Kita bersedia bekerjasama dengan rakan media dalam apa jua tindakan diambil, media adalah pihak sentiasa berada di lapangan dan mendengar keluhan rakyat yang boleh di kongsi dengan SPRM Pahang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, pihaknya menyasarkan untuk memastikan 50 agensi kerajaan di negeri ini yang belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk melaksanakannya pada tahun ini.

“Sehingga kini, sebanyak 68 agensi kerajaan sudah menandatangani IBR dan kita sasarkan bakinya akan berbuat demikian tidak lama lagi,” katanya.

Azmi sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Ibu Pejabat menggantikan Datuk Alias Salim yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT

Sekianlah artikel [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] SPRM TUMPU ISU RAKYAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kuantan-sprm-tumpu-isu-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :