[KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT

[KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT
link : [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT

Baca juga


[KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT


Jamaluddin



Suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan penawaran dan penjualan darjah kebesaran negeri Pahang menggunakan nombor telefon seorang kerabat diraja Pahang yang sudah meninggal sebagai taktik untuk menipu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Dato' Jamaluddin Kudin berkata, mereka masih di peringkat awal iaitu mengadakan iklan darjah kebesaran yang tidak wujud itu.

“Masih belum ada mangsa yang terpedaya dengan tawaran mereka ekoran tindakan pantas pihak polis yang berjaya menahan kedua-duanya.

“Mereka juga didapati begitu licik menyamar sebagai kerabat Diraja Pahang kerana menggunakan nombor telefon yang berdaftar atas nama salah seorang kerabat yang sudah meninggal dunia,”katanya kepada media selepas Majlis Penutup Kursus Induksi Menunggang Motosikal Pasukan Lesen B2 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Penyerahan Motosikal URB Kontinjen Pahang.

Sebelum ini, pihak polis berjaya suspek wanita yang diupah oleh seorang lelaki untuk mencari mana-mana individu yang berminat membeli darjah kebesaran Pahang iaitu Datuk dan Datuk Seri yang tidak wujud pada harga antara RM180,000 hingga RM400,000.

Melalui akaun Facebooknya, wanita berkenaan memuat naik status yang meminta sesiapa berminat mendapatkan gelaran darjah kebesaran Pahang supaya menghubunginya.

Pada Isnin lalu, polis turut menahan suspek kedua iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun juga di Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT

Sekianlah artikel [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] GUNA NOMBOR TELEFON KERABAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kuantan-guna-nombor-telefon-kerabat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :