KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita

KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita
link : KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita

Baca juga


KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita


Usaha bersama sedang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi meneliti semula tatacara pengoperasian Koc Wanita bagi menjamin dan memastikan koc berkenaan digunakan khas untuk wanita sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata antara langkah yang dilaksanakan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan etika penggunaan koc khas itu.

Buat masa ini Koc Wanita yang dikhususkan untuk kaum wanita tidak dipandang penting oleh golongan lelaki. Tinjauan pada waktu puncak khususnya dapat dilihat kaum lelaki terutama warga asing bebas menguasai Koc Wanita tanpa rasa bersalah.

Mohd Rani berkata Polis Bantuan KTMB dengan kerjasama SPAD juga telah memulakan Operasi Penguatkuasaan dan Kempen Kesedaran Koc Wanita bermula 22 Februari lepas bagi membanteras isu pencerobohan Koc Wanita.

Selain daripada usaha pemerkasaan Koc Wanita yang sentiasa dijalankan oleh KTMB, beliau menyeru orang ramai agar dapat membantu dan menyokong KTMB dengan memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan dan sensitiviti kos khas ini untuk keselesaan bersama.

Terbaru, viral di media sosial kes seorang wanita yang dihamun dengan kata-kata kesat oleh segolongan lelaki apabila ditegur menceroboh Koc Merah Jambu atau Koc Wanita dalam perkhidmatan KTM komuter.


KTM Berhad melalui perkhidmatan tren KTM Komuter telah memperkenalkan Koc Wanita pada April 2010 bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan untuk golongan wanita sebagai pengguna perkhidmatan tersebut.
Dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc khas itu, KTMB telah membuat pemantauan secara berkala dalam tren dan di stesen-stesen oleh pegawai dan Polis Bantuan KTMB.
Dua Koc Wanita dalam set-set tren KTM Komuter juga mempunyai pelekat ikon wanita berwarna merah jambu dengan perkataan 'Wanita Sahaja', selain pengumuman secara berkala dalam tren dan di stesen-stesen sebagai pemakluman kepada para penumpang,katanya.

Platform penumpang juga telah disediakan ruang menunggu khas dengan kerusi berpelekat ikon wanita di Stesen KL Sentral pada masa ini dan akan datang di stesen-stesen utama yang lain, ruang beratur berpelekat ikon wanita dan papan tanda ruang menunggu khas untuk wanita.


Demikianlah Artikel KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita

Sekianlah artikel KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KTMB Dan SPAD Teliti Semula Operasi Koc Wanita dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/ktmb-dan-spad-teliti-semula-operasi-koc.html

Subscribe to receive free email updates: